Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 20 September 2012

Tentang Stok Benih, Labu Manis Hijau dan Benih Cili Ungu

Benih labu manis hijau yang kami terima mempunyai kualiti yang kurang elok, jadi untuk sementara waktu saya akan keluarkan daripada senarai benih untuk dijual.  Kepada rakan rakan yang telah memesan benih tersebut, saya akan buat kiriman setelah stok baru diterima. Untuk sementara waktu saya akan kirim benih lain yang telah dipesan.  Saya memahon maaf atas kelewatan mengirim benih lain kerana masalah teknik.

Benih Cili Ungu telah habis stok.  Kepada rakan yang telah memesan benih tersebut, saya akan kirim benih lain terlebih dahulu. Benih Cili ungu akan dikirim kemudian setelah saya menerima stok yang baru.

Stok benih baru yang saya terima termasuk Kacang Botor, Sawi Hong Kong, Sawi Pendek Christmas Green, Kobis Cina (Sayur Putih) baka F1, 636, Salad Cina, Salad Titanic, Bunga Matahari Mixed Colour, Bunga Balung Ayam, dan Bunga Petunia. Semua benih yang disenarai di panel kanan blog ada dalam stok.

Selain dari itu, kami juga bekalkan agen penggalak akar, kertas umpan lalat buah, contoh tanah semaian growmix dan contoh soil conditioner.




21 ulasan:

  1. Kalau en.Is ada kedai kan best,boleh datang terus dan beli benih terus dari kedai en.Is. Mungkin juga boleh beli barang2 lain ikut pada kuantiti yang sendiri nak pakai. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gardening ini aktiviti hobi aja, nak pastikan saya makan makanan berkhasiat tanpa racun. Masa terhad, manalah termampu nak buka kedai. :)

      Padam
  2. Bila agaknya encik Iskandar akan restok benih kacang panjang jenis renek?...puas saya cari benih tersebut di nursery sekitar JB tapi x jumpa :(...

    BalasPadam
  3. en iskandar...sy nak kertas umpan lalat buah, contoh tanah semaian growmix dan contoh soil conditioner..mcm mana yer pos ker? Sy email lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, seperti biasa, tiada cas tambahan untuk pos biasa. Jika ingin kiriman poslaju kena tambah RM10.

      Untuk kertas umpan lalat buah, saya akan buat posting cara memerangkap lalat sebentar lagi.

      Padam
    2. salam en iskandar,

      testimonial...mmg bagus la tanah growmix tu...benih matahari sy dh bercambah harini..3 hari lps semai...pastu yg lg best...sy korek benih matahari giant yg ada tak tumbuh-tumbuh tu..ada la 1 biji yg ok...yg bole diselamatkan...sy try buh dlm tanah growmix...pun dh bercambah jugak!!
      mana nak beli yer growmix ni? Tanah growmix ni berapa kali boleh reused untuk semaian..??

      Padam
    3. Strukturnya sesuai untuk cambahan. Biasanya digunakan sekali. Kalau untuk cambahamn boleh juga guna semula tapi setakat 2 kali aja. Boleh dapatkannya melalui blog. 2 plastik saya jual dengan harga RM10.

      Padam
    4. ok nanti sy beli ngan en iskandar jelah tanah...kat kedai di kemaman ni tak jumpa lagi

      Padam
  4. En.Is,saya pun nak juga kacang panjang renek tu boleh lagi ke?

    BalasPadam
  5. Saya nak tanah grow mix.. Berapa harganya..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 pek harganya RM10. Setiap pek mengandungi 8 cawan gabus, iaitu cukup untuk 1 dulang semaian.

      Padam
  6. Salam en.is.sy penah beli benih tanam sndri.da 2x sy semai tp yg hidup hnya kangkung n tomato.benih basil..chrysntmum..labu manis dll tak tumbuh.kenapa ya?sy gunakn medium tanah jepun utk semaian.mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya benih labu manis tumbuh dalam masa 3 hari. Basil dan garland chrysenthemum biasanya bercambah lambat sedikit. Cuba tukar tanah semaian. Bagaimana rupa tanah jepun tu, adakah ia memmpunyai abu atau bahan yang telah dibakar?

      Padam
  7. Stok cili ungu ni ada lg tak en is, suka sgt buah kaler2..

    BalasPadam