Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 4 April 2014

Tanam Sendiri -- Spinach (Bayam Popeye), Spinacia oleracea

Spinach adalah tanaman yang lasak dengan rasa yang kuat dan enak dengan daun berwarna hijau tua.  Sayur spinach kaya dengan zat besi serta beberapa jenis vitamin.
Spinach sesuai ditanam atas tanah atau dalam bekas dengan tanah yang lembap tetapi elok salirannya.  Ia amat sesuai ditanam menggunakan tanah yang kaya dengan organik kerana spinach perlukan nitrogen yang banyak.  Jika tanah terlalu berpasir, gaulkan dengan tanah liat.  Jika tanah liat, gaulkan dengan pasir.
Spinach perlukan cahaya yang banyak tetapi ia tidak tahan panas.  Di negara kita, elok ditanam di tempat teduh kerana kita menerima cahaya dalam jangkamasa yang lama setiap hari.
Pokok spinach adalah pokok perennial dan boleh dituai mengikut kaedah kerat dan tumbuh lagi.  Namun begitu, kalau inginkan tuaian yang cantik dan rangup, elok dituai cabut selepas 3 kali kaedah kerat dan tumbuh lagi.
Jika dibiarkan kering dan panas, spinach akan berbunga dalam tahun yang pertama.  Bagaimanapun, bila spinach berbunga, ia kurang enak dituai untuk dimakan kerana spinach akan terlalu berserat dengan rasa yang amat kuat.

MenyemaiSemai dalam liang sedalam 1 cm. Gunakan tanah organik yang lembap.  Benih akan bercambah dalam masa 1 hingga 5 hari.  Untuk bekalan spinach yang berterusan, semai benih baru setiap 3 minggu.  Letakkan bekas semaian di tempat teduh. Benih spinach tidak akan bercambah dalam suhu yang tinggi.

Cambahan Spinach sedia untuk dialih.


MengalihAlih semaian apabila cambahan mencecah 2.5 cm (1 inci) atau jarangkan.  Jarakkan cambahan 15 cm (1/2 inci). Jika ingin tuai kaedah kerat dan tumbuh lagi, jarakkan 5 cm (2 inci).

Penjagaan
Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi air tidak bertakung.  Jadi, gunakan tanah yang elok salirannya.  Di musim kering siram sekurang-kurangnya sekali sehari di sebelah pagi. Merumput setiap 2 minggu atau lebih kerap jika perlu.  Baja dengan baja organik setiap 2 minggu atau baja kimia yang kaca dengan nitrogen.

Makhluk Perosak
Perhatikan daun. Jika terdapat kesan dimakan makhluk perosak, kenalpasti puncanya.  Kutip buang (musnahkan) makhluk perosak yang ditemui. Jika terdapat serangan kekabuh kutu (flea beetle) atau lalat putih, gunakan semburan larutan sabun dan minyak masak sebagaimana posting terdahulu.

Menuai
Pokok sesuai dituai 5 hingga 6 minggu.  Tuai denagn mengerat daun paling bawah untuk kaedah kerat dan tumbuh lagi. Jika ingin tuai semua, cabut seluruh pokok. 


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Benih Spinach 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan