Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 27 September 2012

Tanam Sendiri -- Kacang Tanah, Peanut



Kacang tanah adalah tanaman yang menarik jika ingin ditanam di halaman rumah.  Ini kerana tanaman ini menghasilkan bunga oren yang kemudiannya menghasilkan sulur yang dicucuk ke dalam tanah.  Pod kacang membesar daripada hujung sulur ini.  Kacang tanah yang baru dituai manis rasanya.  Jadi jika anda ingin rasa kacang tanah yang paling enak, anda perlu tanam sendiri, petik dan terus rebus.  Boleh tanam bersama lobak putih, kacang panjang renek, kacang mata hitam, dan kentang. Jika tiada ruang tanah, boleh tanam dalam bekas.  Pokok ini adalah tanaman wajib jika ada anak-anak.  Ia boleh menarik minat kanak-kanak untuk berkebun serta belajar sains.  

Pokok Kacang Tanah yang saya tanam dalam patch tepi pagar.  Dalam tanah hanya 10 cm.  Dalam tanah yang ideal untuk Pokok Kacang Tanah ialah 30 hingga 60 cm.

Persediaan
Kacang tanah tumbuh elok dalam tanah lom berpasir.  Gaulkan tanah dengan baja organik dan biarkan selama seminggu supaya baja terurai sedikit.  Jika tanah liat, gaulkan dengan pasir dan baja organik dan biarkan selama seminggu.  Gembarkan tanah sehingga tanah terlerai.  Pastikan tanah dalam iaitu 30 hingga 60 cm.

Kacang tanah gemarkan tanah yang manis iaitu hampir neutral.  Jika tanah berasid, gaulkan dengan kapur dolomite.

Menyemai
Boleh semai terus di dalam tanah dengan kedalaman 3 cm. Jika tanah mengandungi semut gatal, elok semai dalam bekas semaian dulu kerana semut gatal gemar memakan benih kacang tanah.  Jika inginkan bekalan kacang tanah yang segar sepanjang masa, semai setiap 3 minggu.

Mengalih dan Menjarang
Jika semai dalam bekas, alih apabila cambahan menghasilkan 3 set daun.  Sebelum alih, letakkan bekas semaian di lokasi yang ingin dialih selama 2 atau 3 hari untuk kukuhkan cambahan.

Alih ke tanah atau bekas yang besar.  Jika tanam di atas tanah, jarakkan cambahan antara 15 hingga 20 cm.  Jarakkan antara batas 90 cm. 

Menyiram
Siram selalu untuk kekalkan tanah lembap tetapi jangan sampai air bertakung.  Pastikan tanah mempunyai saliran yang elok.  Apabila pokok mula berbunga, kurangkan siraman supaya tanah lebih kering.  Memadai siram 2 atau 3 hari sekali.

Menggembur
Apabila pokok mula berbunga, gemburkan sekeliling pokok untuk membantu memudahkan bunga menyuntik sulur ke dalam tanah.  Jika tanah berpasir, campurkan gipsum sedalam 20 cm.

Sulur Kacang Tanah (tanda panah) yang terhasil selepas bunga disenyawa mula tumbuh dan menyuntik ke dalam tanah.

Merumput
Merumput bila perlu.

Menuai
Tuai apabila daun mula kertukar kepada warna kuning dan layu.  Biasanya 110 hingga 150 hari selepas disemai.  Gunakan garfu tanah untuk leraikan tanah dan tarik batang pokok ke atas dengan berhati-hati.  Goncang untuk leraikan tanah daripada pod kacang.

Rebus pod dengan sedikit garam.  Isi kacang yang baru dituai rasanya manis.  Jika ingin simpan lama, gantung pokok dan keringkan di tempat yang panas selama 2 hingga 3 minggu.  Jika tanam banyak, boleh buat lepa kacang (peanut butter).



35 ulasan:

  1. nak benih kacang tanah 2 pek... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK, saya simpankan 2 pek untuk ejaMaria. Jumlah benih dari baka ini dah tinggal sedikit sahaja. Hampir semua telah ditempah melalui posting yang lalu. Siapa yang mahu baik cepat buat pesanan. Saiz kacang yang ada dalam stok lebih besar dari baka biasa.

      Padam
  2. bestlah dapat makan kacang tanam sendiri.Teringin juga nak tanam..tapi tempoh matangnya terlalu lama kan..lebih lama dari padi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam keadaan biasa, ya 3 bulan 2 minggu hingga 5 bulan. Tapi untuk kelas sains cantik ni, boleh tunjukkan pada anak-anak, bagaimana ppokok berbunga, keluar sulur, suntik ke dalam tanah. Boleh tunjuk saiz pokok berbanding cahaya matahari, bincang keperluan tanaman, pendebungaan sebagai persenyawaan, dan paling thrill bila tarik pokok keluar. Boleh tunjuk kacang sebagai tempat pokok simpan makanan dengan ujian larutan iodin.
      Ketika mengajar dulu, saya gunakan kacang tanah untuk menarik minat murid-murid.

      Padam
  3. As salam tuan,
    Tgk pokok kacang tanah ni mengingatkan saya kpd arwah nenek. Dia tnm kacang tanah dlm sawah padi selepas musim menuai, suka tgk pokok yang ditanam berbaris tp saya tak pernah tgk bagaiaman kacang tanah dituai. Rumah nenek jauh dr rumah saya. Cuma bila blik kampung dpt tgk kacang yg dah siap dituai. Dek kerana teruja, saya bawa balik beberapa biji benih kacang tnh utk ditanam. Ia hidup dgn subur tapi kacangnya tak menjadi.. Sekolah rendah lagi waktu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebab kena tunggu lama. Bila daun dah mula kuning baru ada pod kacang. Ayah saya tanam banyak masa dulu. Paling takut bila dia ajak tuai, sebab kawasan luas.

      Padam
    2. Masa tu saya bkn tau apa sangat pasal pokok kacang tnh ni. Main cabut je bila dh lama tnm..tgk kacangnya kecil2 je. Ingat kot tak menjadi.

      Padam
    3. Kemungkinan kacang belum matang tu. Ketika dah ada pod, air perlu dikurangkan.

      Padam
  4. hemm mesti best kelas sains dgn aktiviti ini.Akan diusahakan, insyallah.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Mudah kalau tanah berpasir sedikit. Ia tak tahan tanah berasid.
      Tapi pastikan tiada semut gatal. Semut gatal suka makan benih kacang tanah.

      Padam
  6. saya nak tanye pada En. Is..baru2 nie saya ade semai kacang tanah yang beli pd En. Is..tapi kesemua benih tersebut x menjadi...saya nak tanye benih kacang tanam terus atau kena rendam dahulu..sebab bila dah semai keseluruhan benih tu ade selaput warna putih..pas tu benih kacang tu lembik...ape masalahnye ye En. Is...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tanda benih terkena serangan kulat. Nanti Kebun Ibu emelkan identiti sebenar supaya kami dapat kirim benih gantian serta cara menyemai yang lengkap.

      Padam
  7. salam..En. Is...saya dah terima kacang tanah yang En. Is kirim..terima kasih banyak2 ye...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asslmualaikum berapa HARGA bagi 1 pek benih ya

      Padam
  8. salam, benih kacang tanah yang encik bekalkan ini jenis 2 butir atau 3 butir ?

    BalasPadam
  9. saya nk benih kacang parang ada x??

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..En.Iskandar saya ingin mendapatkan benih kacang tanah.bagai mana caranya untuk mendapatkan dari anda.Thanks.

    BalasPadam
  11. masih ade lagi tak benih kacang tanah..?

    BalasPadam
  12. masih ade lagi tak benih kacang tanah..?

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum..masih ade stok kacang lg x? Klo ade email ke sy [email protected]

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum..masih ade stok kacang lg x? Klo ade email ke sy [email protected]

    BalasPadam
  15. Seronoknya baca cerita kacang tanah.....saya try juga tnm....tp kcgnya kecil kecil.....kena guna baja apa ye

    BalasPadam
  16. Seronoknya baca cerita kacang tanah.....saya try juga tnm....tp kcgnya kecil kecil.....kena guna baja apa ye

    BalasPadam
  17. Macam mana nak dapatkan benih kacang tu.
    Hamidah , email : [email protected]
    Email ye. Tq

    BalasPadam
  18. Macam mana nak dapatkan benih kacang tu.
    Hamidah , email : [email protected]
    Email ye. Tq

    BalasPadam
  19. macam mana nak dapatkan benih kacang tanah tu..
    saya pun berminat jugak...
    email : [email protected]

    BalasPadam
  20. Salam ... saya nak beli serumpun kacang tanah bersama akar...nak buat air rebusan ubat ... mcmana nak berhubung dgn cik ... boleh juga berhubung dgn sy dgn watsapp 0173219195

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam