Lazimnya, benih herba lambat tumbuh. Dulu saya ingat sememangnya begitu, sebab bila semai biji benih selasih atau lain-lain jenis Basil mengambil masa yang lama. Ini disahkan benar bila saya semai benih selasih dan kemangi, ia mengambil masa sehingga 2 minggu untuk bercambah.
Rupa-rupanya kalau kena cara, benih jenis Basil boleh bercambah dalam masa 24 jam. Benih Sweet Basil yang terkini yang saya semai bercambah dalam masa 1 hari. Kemudian saya cuba semai Basil OP, menggunakan kaedah yang sama. Ia juga tumbuh dalam masa 1 hari.
Jadi sekarang saya percaya, benih herba tidak mengambil masa yang lama untuk bercambah jika kita tahu cara yang terbaik untuk menyemainya. :)
![]() |
Semaian Sweet Basil |
Nanti dalam 3 minggu lagi cambahan ini akan membesar dengan cepat. Enak dibuat ulam, dijadikan perisa. Gambar di bawah menunjukkan pokok Sweet Basil yang dah matang.
![]() |
Pokok Sweet Basil yang dah matang. |
bagaimana caranya?
BalasPadamye lah abg..bagitau la rahsiaanya..nak tanam ni..
BalasPadamHe he. Tiada rahsia dalam blog ini. Saya akan posting kaedah tersebut. Cuma masa terhad sedikit kerana tugas tugas seharian.
BalasPadamIa berkait dengan keperluan benih. Kalau pokok memang perlukan tanah yang kaya dengan baja, tapi benih tak perlu baja yang banyak. Jika kepekatan nutrien terlalu tinggi, benih gagal serap lembapan kerana sel benih kehilangan air melalui eksoosmosis. Ia seperti kita minum air garam, bukan hilangkan dahaga tapi sebaliknya semakin dahaga.
Saya akan masukkan posting yang lebih detail.
AsSalam,
PadamBoleh saya tau macam mana nak maintain pokok sweet basil ni... Saya baru beli kat MAHA minggu lepas and generally org kat sana just advice kena siram 1 cup saja... and bubuh baja 2minggu sekali...
-nur-
Pokok Meditteranean tak boleh banyak air. Kalau lebih air ia akan mati. Untuk rimbunkan, tuai daun sentiasa dengan mengerat batang setakat 30 hingga 45 cm. Jangan biarkan berbunga. Jika berbunga, daun akan menjadi kecil. Kalau nak ambil benih, biarkan berbunga tapi rasanya akan kurang manis sedikit.
Padamen.Is tak da ke benih dia?
BalasPadamBenih batch ini telah habis dijual. Saya telah membuat pesanan yang baru. Masih menunggu penghantaran benih tersebut. Harap bersabar.
Padamok,tq
BalasPadamas slm...en.Is,mcm mane cara semai b.benih selasih yg betul ye?
BalasPadamSy ttunggu2 post bkenaan cara semaian terbaik sweet basil...
BalasPadamSaya dah tulis. Belum sempat posting. Mungkin malam ini. Harap bersabar. :)
Padam