Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 13 September 2012

Semaian Cekur Manis Daripada Benih

Biasanya Cekur Manis ditanam menggunakan keratan batang.  Bagaimana pun cambahan ini disemai daripada biji benih.  Cambahan kelihatan begitu subur.  Sayur cekur manis amat enak. Ia juga terdiri daripada sayur yang berkhasiat.  Mungkin ada antara rakan-rakan yang arif tentang sayur ini dan sudi berkongsi khasiatnya.

Anak pokok Cekur Manis yang disemai menggunakan biji benih.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

12 ulasan:

  1. cekur manis saya yang pertama di tanam menggunakan keratan batang... keratan sayur yg beli dari pasar... skrg dah hidup subur berbunga dan berbuah... tapi saya selalu tak sempat kutip biji benih dia... dah pecah dan jatuh ke tanah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, cekur manis mudah ditanam menggunakan keratan batang. Kalau guna batang dari sayur yang dibeli di pasar pun akan menjadi.

      Padam
  2. sedap tu kalo buat masak lemak dgn keledek....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amat setuju. Pekena pula dengan ikan masin. Tiga pinggan masih menjillat jari. Licin semuanya. :)

      Padam
  3. bagus untuk diet tapi tak boleh kerap sangat tak bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebiasaannya saya campur dengan bahan lain dan jadikan makan pertama anak-anak saya.

      Padam
  4. pnah baca di taiwan ada kes severe lung damaga due to pucuk manis juice for weight loss because high concentration of alkaloid papaverine, tapi ada study tahun 2000 ku ujian atas tikus takde efect pun.. tapi kita tak de la buat juice kan..masak lemak ngan keledek pergghhh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan apa-apa pun kalau terlebih jadi racun. Minum air kosong sekali pun kalau terlebih boleh mati.

      Padam
  5. As salam tuan,
    Saya ada tulis mengenai pokok cekur manis atau dikenali dgn nma asin-asin di utara dlm blog saya sblm ini. Bkn saja daun muda atau pucuknya blh dimkn, buahnya juga dijeruk dn dijadikan makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ada masa terluang nanti saya akan singgah ke blog tersebut.

      Padam
  6. Mak saya mengalami masalah artritis (betul ke ejaan)... senang kata masalah sendi la... doktor nasihatkan agar Mak tidak makan tomato, kobis juga cekur manis... tapi Mak saya pun dah 60-an... tak mustahil kalau sendi lutut dia mula bermasalah...

    apa yg saya tahu tomato bersifat asidik...
    kobis pula saya pernah ditegur untuk tidak mengambil nya selalu kerana vitamin K dalam kobis boleh menyebabkan hemolisis sel darah merah...
    manakala cekur/pucuk manis... saya tak tahu lagi...:(

    BalasPadam