Kali ini saya semai banyak biji benih bendi emas. Semua cambahan telah menjadi. Sebahagian telah dialih ke patch depan dan belakang rumah menggantikan pokok Bendi Singa yang telah tua dan kurang menhasilkan buah. Ada dalam 60 hingga 70 pokok lagi yang belum dialih. Daun sebenar ke dua telah tumbuh dan sel semaian telah dipenuhi akar. Mana nak letak ni. Kalau tidak dialih pasti cambahan ini akan terbantut pertumbuhannya. Niat asal nak tanam di ruang seberang jalan. Mungkin elok tanam dalam pasu aja.
![]() |
Semaian Bendi Emas |
Lynn try tanam bendi dlm pasu, mcm kurang zat compare yg ditanam terus ke tanah..
BalasPadamItu agak biasa kerana sumber nutrien dlm pasu terhad berbanding di atas tanah
PadamDari pengalaman saya, saiz pokok ada kaitan dengan saiz pasu. Lebih besar pasu, lebih besar pokok. Kalau tanam dalam pasu, kena banyak bekalkan nitrogen.
Padambendi yg tanam dalam pasu kena kerap siram, cepat kering
PadamYa, sumber dalam pasu terhad.
PadamEn Is,
BalasPadambenih bendi emas ni, berapa lama tempoh percambahan biasanya sebelum sesuai dialihkan?
Saya alih selepas 2 minggu, iaitu ada 4 helai daun. 2 helai daun kotiledon, kemudian tumbuh satu helai daun sebenar. Bila keluar daun sebenar yang kedua saya alih.
PadamBoleh juga alih apabila akar memenuhi pot semaian.
en iskandar tak tau letak mana..kalau dekat-dekat boleh letak umah saya..byk lot kosong lagi ni...;D
BalasPadamsy punya bendi emas dah bercambah selepas 12 hari semai...5 cambahan dr 10 dah kuar tinggi...:D
tadi sy korek yg 5 lagi tu...insyallah ada..sbb nampak hijau-hijau...lambat sikit je...mmg bertanam ni menguji kesabaran
Nampaknya saya kena edar juga sampel tanah semaian supaya rakan-rakan ada rujukan untuk sediakan tanah semaian. Dalam tanah yang elok, bendi emas bercambah dalam masa 3 hingga 5 hari sahaja.
PadamHe he, kalau kita berjiran sure saya pergi longgok cambahan di rumah nadia. :P
Rumah saya pun Ada banyak ruang kosong.. InsyaAllah satu hari saya ingin pergi rumah en is.. Melihat tanaman, tengok cara en is buat kompos, tengok tanah semaian Dan Kawasn tanaman en is.. Mesti best kann..
PadamErrr.. Apa kata En is buat open day.. Syok tu...
:)
PadamKalau kebetulan lalu, singgah lah. Selalu ada rakan2 datang.
en. is saya ademasalah nak alihkan anak pokok dr tray semaian...sering berlaku akar putus separuh...ade tips tak?
BalasPadamKalau tanah relai, lembapkan sedikit. Boleh guna sudu yang dah tak digunakan. Cambahan kalau akarnya rosak, pokok akan terbantut selepas dialih. Bila akar pulih barulah pertumbuhan pokok galak semula.
Padamsaya biasanya gunakan garfu... lembabkan tanah dulu kemudian korek dgn perlahan... nanti ianya akan keluar 'seketul' tanah bersalut akar... :)
PadamGuna garfu satu idea yang baik. Kalau guna growmic, boleh tarik daun, semuanya akan terkeluar seketul tanpa merosakkan akar. :)
Padamterima kasih semua...nanti sy cube
PadamOoo begitu.. Macamana pula mengalih tanaman yg benih kecil yg Kita tabur je benihnya ..? Mcm bayam, sawi...
PadamBayam saya tidak alih cambahan, cuma jarangkan dengan menggunting cambahan yang kurang elok.
PadamSawi, saya alih cambahan yang terlalu padat. Saya gunakan transplanter untuk pastikan akar tak rosak. Boleh gunakan pengorek.