Kalau rakan-rakan perasan, beberapa minggu ini saya banyak bercerita tentang patch sawi yang saya semai 3 minggu dulu. Kalau ikutkan pembekal, sawi tersebut boleh dituai dalam masa 3 minggu selepas dialih. Saya alih sawi tersebut 2 minggu yang lepas. Selepas dua hari saya ambil gambar sebagaimana dalam gambar pertama. Hari ini (12 hari kemudian) saya ambil lagi gambar. Wah, ketika alih saya risau kalau-kalau kucing jadikan jamban sebab terlalu banyak tanah yang terdedah. Patch dipasang dawai mata punai.
Alhamdulillah patch tersebut kini telah penuh. Nah lihatlah sendiri. Kalau ingin tuai sedikit sedikit dah boleh ni. Minggu depan sawi menang akan matang. Tak sabar menunggu.
Sawi Menang 2 hari selepas dialih. Cambahan dijarakkan 6 inci. |
Sawi Menang 12 hari kemudian, iaitu 2 minggu selepas dialih. Pokok kelihatan padat. |
Jadi, siapa yang menang? Kitalah yang menang sebab dapat makan tanaman yang ditanamsendiri.
yeay... kita menang... :)
BalasPadam:)
Padammcm ni la sawi kat umah jiran chinese...jeles tengok lepas 2 minggu penuh patch..gemok2 pulak tu....
BalasPadamMudah aja cara menanam dan menjaganya.
PadamBaru semai benih yang di pesan dar tuan. Harap2 akan menjadi kenyataan la mcm dlm gambar tu.
BalasPadamInsyaAllah akan menjadi. Apa-apa masalah, atau kejayaan, just hantar mesej.
Padam