Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 20 September 2012

Resepi -- NASI GORENG KAMPUNG DENGAN BASELLA TANAMSENDIRI

Nasi Goreng Kampung Basella Tanamsendiri



Bahan-bahan
3 cawan nasi putih
3 cawan daun  basella tanamsendiri
2 biji ubi kentang dipotong dadu kecil-kecil  (kira-kira 1cm persegi)
½ cawan ikan bilis ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris halus
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 susu kicap manis
3 sudu besar minyak masak
1 susu the garam

Cara-cara

1.       Tumbuk bawang putih dan cili padi.
2.       Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan cili padi hingga garing dengan api sederhana.
3.       Apabila sudah garing, masukkan bawang besar dab ubi kentang.  Masak hingga kentang lembut.
4.       Tambahkan garam.  Masukkan nasi putih.  Kacau hingga sebati.
5.       Tambahkan garam.  Masak selama lebih kurang 5 minit dengan api sederhana.
6.       Tambahkan kicap manis.
7.       Masukkan daun basella tanamsendiri.  Kacau rata.
8.       Masak hingga daun basella layu.
9.       Tutup api dan teruskan memasak selama beberapa minit.
10.   Angkat dan hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan