![]() |
Mee Goreng Sawi Menang sedia untuk dinikmati. |
Mee Goreng kalau digunakan rencah yang segar, enaknya tidak terhingga. Kalau Mee Goreng sebegini, dibuat pula dari mee colok, adusyyy.... tak dapat diceritakan. Teringat Mee Goreng masakan mak menggunakan sayur yang ku tanam tepi rumah masa zaman kanak-kanak dulu.
Bahan-bahan
1 bungkus spaghetti atau 3 bungkus mee
kuning atau mee colok
500g dada ayam dipotong menjadi kiub kecil
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar garam
1 batang celery tanamsendiri
500g sawi menang tanamsendiri
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
Cara Membuat
1. Rebus
spaghetti atau mee sehingga lembut (lebih kurang 15 minit) di dalam periuk.
2. Toskan
spaghetti atau mee.
3. Panaskan
minyak di dalam kuali.
4. Tumis
bawang putih sehingga garing.
5. Masukkan
bawang besar. Tumis hingga wangi.
6. Masukkan
cili kisar. Masak lebih kurang 5 minit.
7. Masukkan
ayam.
8. Teruskan
hingga ayam masak.
9. Masukkan
sos tomato, cili dan air. Masak lebih
kurang 2 minit.
10. Masukkan
spaghetti atau mee. Gaul hingga sebati.
Teruskan memasak selama 5 minit.
11. Masukkan
sawi, celery dan kicap. Teruskan memasak
hingga sawi kelihatan layu.
12. Angkat dan
hidangkan ketika masih panas.
sawi tanam sendiri, mee tak buat sendiri?..agaknya lagi berganda sedapnya kalau semua buat sendirikan.Jom ajar buat mee pula..hehehe
BalasPadamHe he. Idea yang baik. Teringat masa di kampung dulu, seluruh kampung terlibat buat me. Kebuk dipasang atas kawah air panas.
PadamNanti akan buat posting cara buat mee. Saya selalu buat semasa belajar dulu, bila miss nak makan mee masakan mak.