Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 3 September 2012

Resepi -- Masak Lemak Labu Manis Tanamsendiri


Masak Lemak Labu Manis Tanamsendiri
Masak Lemak Labu Manis Tanamsendiri enak dimakan bersama nasi terutamanya ketika makan tengahari.  Ramuan utamanya ialah Labu Manis.

Bahan-bahan
1/2 biji labu manis tanamsendiri saiz sederhana
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa, atau 2 peket santan segera
1 sudu besar lada hitam, ditumbuk
12 ulas bawang merah tanamsendiri, dikisar
1 sudu besar garam
1 sudu teh serbuk kunyit atau 1 inci kunyit tanamsendiri ditumbuk

Cara Membuat
1. Potong labu manis ke  bentuk dadu 3 cm.
2. Masukkan santan, garam, bawang merah, dan lada hitam ke dalam periuk saiz sederhana.
3. Panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau ketika memasak supaya ramuan tidak berketul.
4. Apabila mendidih, kecilkan api dan terus mengacau kandungan sehingga bawang masak, lebih kurang 5 hingga 10 minit.
5. Masukkan labu manis dan masak sehingga labu lembut, iaitu lebih kurang 10 minit lagi.
6. Tutup api dan hidangkan ketika masih panas.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Benih Labu Manis Fajar
Benih Labu manis Hijau
Benih Labu Manis Amber 
Benih Labu Manis OP



 

2 ulasan: