Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 14 September 2012

Rahsia Mendapat Buah Tomato yang Segar dan Enak

Rahsia? Sebelum ini memanglah rahsia. Selepas baca artikel ini, rahsia mendapatkan tomato segar dan enak tidak lagi menjadi rahsia.

Pokok tomato yang sedang berbuah memang perlukan banyak air.  Namun begitu,  jika teknik siraman salah, buah tomato menjadi tawar dan kurang enak kerana isinya terlalu cair.

Bagaimana ya?

Begini.  Pokok tomato mempunyai dua sistem akar iaitu di pangkal pokok (dalam tanah) dan di sepanjang batang pokok (kadangkala di luar tanah).  Untuk tujuan perbincangan, saya namakan akar yang utama di pangkal pokok sebagai akar primer dan akar yang di batang pokok sebagai akar sekunder.



Pokok tomato mempunyai dua sistem akar.
Fungsi utama akar primer adalah untuk menyerap air, manakala fungsi utama akar sekunder menyerap nutrien.  Jadi, untuk siram air, pastikan ia terkena pada akar primer.  Baja patut dicapai oleh akar sekunder.  

Di mana kesilapan kita selama ini?  Kita siram banyak air di permukaan tanah,  jadi ia telah diserap oleh akar sekunder.  Akibatnya kepekatan nutrien yang diserap menjadi cair.  Ini menyebabkan walaupun buah kelihatan segar, rasanya telah kurang kerana nutrien yang diserap telah cair.  Anda perlu siram air terus ke dalam tanah. 

Anda boleh ubah suai botol mineral dan tanam sehingga ke pangkal akar primer tomato.  Ilustrasi berikut menunjukkan cadangan cara menyiram dan membaja pokok tomato.


19 ulasan:

  1. bagus betul maklumat nie en. is baru tahu rupanya, maknanyer drp siram ke pangkal yg dekat dekat yg nampak dipermukaan tanah tuh, gali lubang utk siram yer en. is?, kalau baja pulak dimana paling sesuai utk tabur, dekat dgn btg atau gali lubang juga?

    thanks yer en. is..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau baja organik boleh tabur di permukaan tanah. Jika guna tinja ayam atau kambing, jangan terkena batang pokok, bimbang kena serangan kulat.

      Padam
  2. Wah, menarik tu tuan :)..

    Lepas ni, botol minuman boleh dikitar semula untuk tujuan pertanian.. Tapi kena pastikan yang tidak membiakkan nyamuk la yer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he betul tu. Ada tempat jual tiub kaca khas untuk feed direct ke akar. Ia kebal nyamuk. Tapi harganya, setahun supply tomato pun tak boleh cover.

      Padam
    2. Hahaha.. Kalau nak guna yang itu, jawabnya kena tanam tomato emas la.. :)

      Padam
  3. Gejet bertanam secara hobi ada macam macam sekarang ni. Ada probe sambung ke peranti android, cucuk aja kat tanah, ia beritahu apa yang kurang. Khas utk sayuran tertentu. Orang2 muda sekarang hebat. Perkara yg tak terlintas selama ini mereka dapat fikirkan. Gardening pun dah jadi semacam hobi untuk orang kaya. Orang macam saya, kerat botol mineral ajer lah.

    BalasPadam
  4. ooo... patutlah org jual benda yg mcm corong tu kat kedai tertulis digunakan untuk membaja... tu lah fungsi nya.... haha purba betul saya ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kedai apa ye saya nak carik bende tu..

      Padam
  5. saya masih tertanya2 lagi tentang baja. tanaman saya semuanya dalam pot. masalah yang saya hadapi antaranya:

    1) pokok kunyit saya hujung2nya macam kering kekuningan.
    2) pokok limau pula daunnya berwarna hijau muda dan hanya nampak urat2 berwarna hijau pekat. adakah itu normal?
    3) pokok tomato baru setinggi 30cm (anggaran) tapi daun yang paling bawah akan lama2 kekuningan dan gugur. daun baru tetap tumbuh. adakah itu normal?

    kalau en.is boleh nasihatkan baja apa yg sesuai untuk digunakan? kalau dapat, minta tunjukkan gambar boleh? sebab saya memang tak familiar dengan baja2 ni. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan masukkan artikel tentang baja. Sepatutnya bulan ini, tapi belum dapat momentum lagi. :)

      Tentang soalan no 1 hingga 3, maklumat tersebut ada dalam artikel berkait dengan nutrien. Untuk mempastikan masalahnya saya perlukan gambar supaya dapat tentukan masalah sebenar.

      http://www.tanamsendiri.com/search/label/nutrien


      Padam
  6. Laa a... Patut la pokok tomato saya layu dan mati bila dia start berbunga Dan berbuah... Dah tiga pokok mengalami nasib yg serupa... Ada rahsia tanam tomato ni rupanya.. Terima kasih ye en is..

    BalasPadam
  7. lagi ilmu yg berguna..terimakasih...

    BalasPadam
  8. salam, kalau saya tanam di dalam pot, tetapi setiap hari sebelum/selepas menyiram saya gemburkan tanah boleh juga kan?untuk memastikan air masuk ke akar primer.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok sediakan tanah dengan struktur yang mengandungi banyak ruang udara. Jika gembur tanah ketika pokok dan ada, ia mungkin akan merosakkan akar rerambut.

      Padam