Benih Bunga Telang ambil masa yang lama sedikit untuk bercambah. Bila dah bercambah, ia cepat tumbuh dan pokoknya lasak. Pokok Bunga Telang memanjat, tapi kalau dipangkas dan tidak dipasang pancang, ia akan merimbun. Elok juga dijadikan pagar (hedge) untuk tanda sempadan antara tanaman.
Bunga Telang cantik ketika mekar kerana warna biru yang terang begitu menyerlah. Ia digunakan sebagai pewarna dalam minuman dan makanan tradisi.
![]() |
Bunga Telang |
Selain daripada Bunga Telang, ada juga tanaman lain yang dijadikan pewarna makanan. Saya baru terima benih bayam yang keseluruhan bahagian pokok berwarna merah (maroon). Bunganya yang merah apabila dicampur dalam air akan turun warna menyebabkan air menjadi merah. Di Amerika Syarikat, ia digunakan sebagai pewarna makanan.
hehehe... anak bunga telang saya sedang meminta pancang untuk memanjat... saya tak layan... biarkan dia merimbun... :)
BalasPadamHe he. Kesiannya bunga telang dapat tuan tegas.
Padambunga telang saya 3 inch bertumbuh.. gembira rasa hati.... kiter tanam dalam pasu bunga jer..
BalasPadamBila msncecah 6 inci ia akan membesar dengan cepat.
Padamsaya baru balik dr kampung dan baru dapat benih untuk ditanam. Bagaimana cara untuk dapatkan sirap birunya??
BalasPadamKena semai dulu. :) Bila dapat tuai bunga baru boleh buat sirap biru.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2012/07/resepi-sirap-biru.html
so apa khasiatnya? saya baca, tak jumpa pun...
BalasPadamBrowse journal. Biji kacang bunga telang didebukan dan dikapsulkan. Ia dijual sebagai makanan kesihatan (supplement).
Padam