Pasti ramai antara rakan-rakan biasa lihat pokok ini. Kalau di Lembah Kelang, ia tumbuh merata-rata menjadi semak di kawasan tanah kosong. Kalau di zaman dahulu, Petai Belalang popular di kalangan kanak-kanak kerana isinya yang lembut yang berbau petai tetapi tidak terlalu kuat, enak dibuat ulam bersama nasi. Orang dewasa kurang gemar kerana saiznya yang terlalu kecil.
Petai Belalang kini popular kerana cip batangnya digunakan dalam industri bioteknologi untuk menghasilkan nutrien dan daunnya yang berkhasiat diproses dijadikan pellet untuk makanan haiwan ternakan. Daunnya kaya dengan Vitamin C, Zat Besi, dan protein.
Daunnya yang muda enak dibuat sayur, terutamanya masak lemak. Walaupun daunnya tidak menghasilkan bau petai, apabila dimasak, masakan tersebut akan mengeluarkan aroma petai. Mmmm yummy, enak. Saya ada tanam beberapa pokok, sengaja dipangkas untuk menghasilkan daun yang rimbun dan lembut. Apabila teringat masakan kampung, pucuk Petai Belalang akan menjadi satu daripada menu.
Difahamkan, di sebelah Pantai Barat, buah Petai Belalang serta daunnya telah digunakan secara tradisi untuk mengubati beberapa jenis penyakit. Kalau melihatkan kandungan daun tersebut, saya tidak hairan. Ia memang berkhasiat.
![]() |
Pokok Petai Belalang kalau dicantas akan mengeluarkan pucuk yang lembut dan merimbun, enak dibuat sayur. |
As salam tuan,
BalasPadamDulu saya ada bela beberapa ekor arnab. Selain makan pelet yg dibeli di kedai, pucuk dan daun muda petai belalang dijadikan makanan arnab. Saya ada tnm lima pkk petai belalang. Pucuknya tak pernah saya mkn sb dh khas utk arnab, buahnya yg muda saya selalu kutip utk dimakan sbg ulam. Arwah nenek saya, guna biji petai belalang utk dimasak tumis bersama bilis. Sedap!!
Bila tiba masa buah petai belalang dh matang(masuk isi), saya pangkas dahannya dan panggil anak2 jiran. Berebut diorang kutip buah petai belalang tu utk dimakan.
Kayu petai belalang juga baik utk dijadikan sarung golok/keris/parang.
BalasPadamPkk bendi singa, jagung manis dan petola ular yg saya tnm tuan blh lihat di link kat bawah ni.
BalasPadamhttp://adrydaud.blogspot.com/2012/09/kebun-kecil-tepi-pagar.html
saya masukkan petai belalang sebagai ulam nasi kerabu. dulu masa kanak2..petai belalang ni adalah snek kami budak2 kampung... lepas dah makan buat mainan letup2 daripada kulit petai... ntah sapa yg ada pengalaman seperti saya agaknya..
BalasPadamPasti ramai lagi yang mempunyai pengalaman tersebut.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum, boleh tau di mana hendak dapatkan Daun Petai Belalang
BalasPadamMasa saya kecik dulu selalu makan petai belalang ni
BalasPadamSalam tuan,
BalasPadamAda kah petai belalang ni sama dengan pokok Cha Om yg popular di thailand?