Cepat sungguh pertumbuhan Sawi Menang. Baru seminggu disemai, cambahan telah menghasilkan beberapa set daun dan mencecah 10 cm (4 inci). Nampaknya cambahan ini perlu dijarangkan dengan segera. Betul lah kata pembekal benih, kalau kena cara 3 minggu dah dapat tuai. Berbaloi semai sawi ni.
Baja apa nak digunakan? Rakan-rakan dah baca artikel dalam postinng sebelum ini. Baja yang digunakan perlu kaya dengan nitrogen. Saya gaulkan kondisyener tanah iaitu baja kandang yang kaya dengan nitrogen. Untuk patch kecil saya tabur 2 cawan kondisyener tanah dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu sebelum menyemai. Jika tanam dalam pasu, saya gaulkan tanah dengan 2 sudu besar kondisyener tanah.
Bagaimana rupa kondisyener tanah? Ia berbentuk serbuk kasar. Bahan organik sebenarnya. Mungkin asalnya sungkupan kandang yang dikomposkan.

![]() |
Cambahan Sawi Menang selepas 1 minggu disemai. |
Saya Ada beli tanah brand babas... lazy soil Dan potting mix.. Sama tak dengan konditioner tu..?
BalasPadamSaya tidak pernah lihat produk tersebut.
PadamBiasanya kondisyenner tanah adalah baja kandang yang dijadikan serbuk. Ia kaya dengan nitrogen dan nutrien yang lain. Baunya hancing menandakan bahan tersebut padat dengan nitrogen (dalam bentuk urea).
Untuk tanah pasu besar, memadai dicampurkan 1 atau 2 sudu besar. Ia juga dikenali sebagai serbuk baja organik.
Saya baru beli baja di pasaraya.. Dia tulis, 100%organik chicken dung pallet Dan baunya sangatlah hancing masa saya taburkan sekitar tanaman sy pagi tadi.. Adakah ok..? Sebab saya tabur pada semua pokok.. Serai, belimbing buluh, bendi, limau kasturi, limau purut, daun kesum, pokok Kari..
PadamOk aja kalau guna baja ni, tapi ketika tabur elakkan terkena batang pokok.
Padamcuba encik senaraikan benih pokok yang berbuah selain from sayur
BalasPadam