Minggu lepas saya ada post tentang cara membuat perangkap lalat buah. Memandangkan sekarang musim hujan, saya yakin rakan-rakan akan mula aktif menyemai. Jika menyemai sayur buah atau pokok buah-buahan, lalat buah adalah antara musuh utama kerana ia merosakkan buah dengan menyuntik telur ke dalam buah. Cili, tomato, belimbing, dan jambu adalah antara buah yang sering diserang lalat buah Bactrocera spp.
Sebenarnya saya ada menyediakan beberapa keping kertas umpan yang boleh digunakan dalam botol perangkap lalat buah. Kertas ini dicelup dalam minyak (ester) yang mempunyai bau yang sama dengan feromon lalat buah betina yang sedang subur. Jadi lalat buah jantan akan masuk ke dalam perangkap tersebut. Minyak tersebut diproses dari minyak cengkih dan ia tidak selamat untuk digunakan.
Minyak tersebut tidak membunuh lalat buah yang terperangkap. Saya letakkan air di dalam perangkap untuk melemaskan lalat buah yang terperangkap. Apabila lalat jantan dihapuskan, lalat betina tiada lagi pasangan untuk mengawan, jadi ia tidak akan menyuntik telur ke dalam buah dalam halaman rakan-rakan.
![]() |
Perangkap lalat buah yang dibuat sendiri menggunakan botol minuman. |
![]() |
Perangkap berjaya menangkap dan membunuh lalat buah jantan dalam masa yang singkat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan