Minggu lepas saya ada nyatakan sebahagian daripada semaian saya rosak akibat karenah kucing (Posting Habis Habis Habis...). Hari ini saya sempat mengalih sebahagian daripada cambahan Sawi Menang ke dalam patch di halaman depan rumah. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah melindungi patch ini dengan dawai mata punai. Diharapkan cambahan Sawi Menang tidak rosak diganggu kucing lagi.
![]() |
Patch Sawi Menang dilindungi dengan dawai mata punai untuk mengelakkan dari diganggu kucing. |
Kalau rakan-rakan perhatikan, ada banyak cambahan Sawi Menang yang dialih ke patch ini. Sebenarnya jumlah ini diperoleh daripada hanya separuh daripada pek Sawi Menang yang dijual dengan harga RM2 satu pek. Untuk mempastikan kami mendapat bekalan sayur Sawi Menang yang tidak putus putus, saya akan semai benih baru setiap 3 minggu.
Bayangkan, kalau beli Sawi Menang di pasar, 4 pokok dijual dengan harga RM2.00. Dengan nilai yang sama, anda boleh dapat 300 hingga 350 biji benih. Katalah hanya 200 pokok menjadi hingga besar. Dengan sedikit usaha berkebun di depan rumah anda dapat gandakan hasil sehingga 50 kali dari nilai asal. Sawi yang dapat bebas racun pula tu.
masalah saya pula...belalang meratang anak poko sawi...tak de satu pun yg tinggal...tinggal batang jer............dah pasang serkup pun same...tak dr celah mane tah masuk...mmg give up saya nak tanam sawi...
BalasPadambelalang memang suka anak pokok... cuba selangkan tanaman (kaedah buddy) seperti yg pernah En.Iskandar ajarkan...
Padamuntuk sawi menang saya selangkan dgn ulam raja dan tulasi... buat masa ini... sawi saya ok... tiada serangan belalang... ulat pernah ada... tapi selepas saya kutip buang ianya habis...
Sekarang saya sedang ujicambah sejenis basil yang mempunyai bau yang sangat kuat. Tapi baunya terlalu kuat untuk dijadikan makan.
PadamElok dijadikan penghalau makhluk perosak.
cantekkk... nanti kalau dah ada benih simpan utk saya ye... :)
Padamsaya ada kemusykilan sedikit... basil dan tulasi saya kerap diratah ulat... gemuk-gemuk mereka... padahal tulasi saya adalah benih yg saya beli dari En.Is - yg berbau kuat... risau ulat-ulat itu menyeberang ke pokok cili dan sayur di sebelah... ;)
Pelik tu. Ini kali pertama saya dapat tahu ada jenis ulat yg makan daun jenis Basil. Kalau berpeluang saya harap ejaMaria snap gambar. Saya nak kenalpasti jenisnya. Mungkin kita dapat manfaatkan maklumat tersebut.
Padamsaya baru post entry pasal ulat itu...
Padamhttp://tamanramuan.blogspot.com/2012/09/gemuk-kan.html
kucing kat situ mesti frust,hu hu....
BalasPadam:)
Padam