Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 27 September 2012

Oh Banyak Rupanya!

Rupa-rupanya ada banyak lalat buah yang berkeliaran dekat rumah.  Patutlah sebelum ni ada aja buah yang rosak!


Akhir-akhir ni ada aja buah ranum yang rosak.  Bila dibelah buah, terdapat ulat sepanjang 1 hingga 1.5 cm.  Ulat ini adalah larva lalat buah.  Maknanya, ada ibu lalat buah yang menyuntik telur yang telah disenyawa ke dalam buah yang belum ranum.  Bila buah ranum, telur mula menetas.  Saya perhatikan kalau-kalau terlihat kelibat lalat buah, tapi tak nampak pula.

Cili Trinidad Moruga "Scorpion," walaupun disahkan sebagai cili terpedas di dunia tidak terlepas dari suntikan lalat buah.  Tempat yang disuntik dibulatkan.

Cara penyelesaiannya, pasang perangkap lalat buah.  Saya gunakan kertas umpan (boleh didapati daripada blog ini) yang diletak dalam botol air mineral.  Rupa-rupanya ada banyak lalat buah.  Ini baru yang jantan.  Tanpa lalat buah jantan, lalat buah betina tidak dapat mengawan, jadi telur tak bernas. ia tidak akan menyuntik telur ke dalam buah.  Selamat buah-buahan dalam halaman.


21 ulasan:

  1. As salam tuan,
    Bagaimana dgn serangga ejen pendebungaan spt lebah, kelulut dan lain2? Apakah mereka terselamat drp perangkap maut ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umpan ini hanya menarik perhatian satu species sahaja. Ia tidak menarik serangga pendebunga.

      Padam
  2. wa,cili terpedas dunia pun tak terlepas....memang nk kene cili lalat ni... :)

    Saya ada baca dalam internet yang cecair perangkap lalat tu dia mcm hormon lalat betina....bila lalat jantan terpikat dia masuk dalam perangkap lepas tu bila dah terbau cecair tu lalat jantan tu akan mamai dan jatuh dalam bekas yang ada air dan meninggal.

    Itu pemahaman saya dari pembacaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer, wangian yang memukau untuk lalat buah jantan.

      Padam
    2. shiro82...lalat buah suntik telur dia je dlm buah cili terpedas, nanti bila anaknya menetas baru tau siapa makan cili dia yg terasa pedasnya..hehe..

      Padam
    3. Masalahnya lalat buah ni suka pedas. :P

      Padam
    4. di sebabkan lalat ni suka pedas,nanti anak dia hinggap ke en.is,en.is la yang kene cili dgn lalat. hehe,gurau2 je ya en.is.

      Padam
    5. Itulah yg saya kata dulu. Kalau buat semburan serangga perosak, jangan cambur air cili. Ia akan menarik beberapa jenis serangga perosak untuk bertandang.

      Padam
  3. En Iskandar,
    Kalu lalat yg selalu dok dtg bertamu kat umah boleh guna juga kaedah ni? I mean yg itam2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaedah boleh guna, tapi kertas umpan kena jenis lain. Yang ini ada perfum yang mengkhayalkan lalat buah jantan aja. Ia berbau wangian (feromon) seakan-akan lalat buah betina sedang subur dan sedia untuk mengawan.

      Padam
    2. Ouhh... En Iskandar ada tak kertas umpan yg lagu 1 tu, jenis boleh tarik lalat umah tu?

      Padam
  4. salam En Is. saya nak tanya berkesan ke kaedah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat berkesan. Gambar di atas di ambil hanya selepas 12 jam perangkap dipasang.

      Padam
  5. Saya dah terima parcel...dan sudah pasang 1 perangkap lalat buah ni semalam..letak tepi pagar...pagi2 tadi tengok 5 ekor lalat tgh berkhayalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khayal bau wangian lalat buah betina. Nikmat tu... :P

      Padam
  6. sekali tengok lalat ni macam lebah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah makhluk yang merosakkan cili dsan buah di taman perumahan.

      Padam
    2. tompang tanya, kalau daun pokok cili ni tiba-tiba dengan banyak nya jadi kuning kenapa yer? Sebab terlebih baja ke? Masalah buah rosak dah kurang...skang daun plak

      Padam
    3. Daun matang atau pucuk? Adakah pokok pernanh kering sebelum disiram?

      Padam
    4. siram hari-hari...daun pucuk yg jd kuning

      Padam
    5. Kemungkinan kurang nutrien atau pokok gagal serap nutrien. Rujuk posting berikut.

      http://www.tanamsendiri.com/search/label/nutrien

      Padam