Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 15 September 2012

Nah Amik Kau Belalang Nakal!

Bila musim hujan begini, serangga perosak akan mula membiak. Nanti bila cuaca semakin kering, beribu makhluk perosak ini akan mula menyerang lagi. Entah berapa orang dari rakan-rakan yang bertanam sendiri akan patah semangat kerana angkara makhluk ini.  Pagi ini saya dikejutkan dengan serangan Anak Dara Cina, Dysdercus cingulatus (menyerang roselle) dan belalang (menyerang sawi menang).

Dalam posting terdahulu saya ada bincangkan tentang rumusan larutan sabun pencuci pinggan mangkuk dan minyak masak.  Saya kata semburan larutan ini hanya berkesan pada makhluk perosak yang kecil seperti aphid dan lalat putih.  

Hari ini saya cuba dengan anak dara cina.  Selepas tiga semburan, serangga tersebut tersungkur ke tanah.  Kemudian saya cuba sembur pada belalang.  Selepas beberapa semburan, beberapa ekor belalang telah tersungkur.  

Alhamdulillah, rupa-rupanya rumusan yang saya gunakan untuk makhluk perosak kecil juga berkesan pada belalang dan makhluk perosak saiz sederhana.

Begini cara ia berfungsi.  Sabun pencuci pinggan melarutkan lilin yang melindungi makhluk perosak. Oleh kerana makhluk tersebut bernafas melalui liang-liang pada kulit (abdomen), liang-liang tersebut telah terdedah.  Minyak masak menutup liang-liang tersebut menyebabkan makhluk perosak lemas dan mati.

Mungkin ada di antara makhluk tersebut yang hanya pengsan. Jadi, selepas membuat semburan, kutih serangga perosak yang jatuh dan musnahkan. 

Untuk dapatkan rumusan larutan yang terbaik, sila rujuk posting berikut.



Belalang mati selepas terkena semburan larutan sabun pencuci dan minyak masak.

8 ulasan:

  1. Melalui pemerhatian saya, labah-labah hijau dan semut juga mati bila terkena semburan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau begitu perlu berhati-hati ketika menyembur. Tak mahu musnahkan serangga atau makhluk yang manfaatkan tanaman. Misalnya labah-labah memakan serangga perosak.

      Padam
  2. kesian belalang itu... nasib la kamu... ;p

    BalasPadam
  3. hehehe...tq en .is.....baru semangat balik nak attact belalang......kalau siput pulak? camne en is...sebab...anak siput yg kite tak nampk ...tau2 dh habis je daun......kalu mak dier...rajin saya kutip cmpak dlm longkak.....anak siput yg selalu main cak2 ni....say gune sabun pencuci pinggan labour ok ker?
    pokok mulberry saya lebat berbuah setelah saya pangkas...terperanjat tgok buah nyer...yg kuar dr tunas baru...banyak sungguh...serangan benah di pangkal pokok...saya atasi dengan mengikis kemudian saya sembur ngn larutan di atas. nmpk berkesan...tp masih berulang...tp lame jugak la tak de benah tu,....kene rajin sembur......tp tak menjejaskan buah......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sembur setiap hari selama seminggu bena akan cari tempat lain.
      Untuk siput ada pellet khas untuk umpan dan bunuh siput. Boleh juga guna garam.

      Padam
  4. Assalam en.Is..klu tgk ke gmbar tu...belalang hijau saiz sderhana, bgaimana plak dgn blalang kunyit yg besar ibu jari tu (eeee geli!)..blalang tu slalu main sembunyi2 blakang pokok bunga sya! Rumusan tu blh berkesan jgk ke? Tksh

    BalasPadam