Mulukhiya begitu popular di kalangan orang arab. Kini ia mula terkenal di negara kita, terutamanya di kalangan bekas pelajar di Semenanjung Arab. Mungki kerana ia menjadi ramuan dalam lauk nasi arab. Kata rakan saya yang pernah belajar di sana, kalau tak ada Mulukhiya, tak lengkap.
Saya ada tanam sayur ini menggunakan benih dari kiriman rakan kita, I Wong. Pokoknya begitu cepat tumbuh dan membesar memang subur. Apabila pokok tumbuh separas dada, ia mula mengeluarkan bunga kuning kecil. Malangnya bunga tak lengkap kerana serangan belalang. Ada beberapa pod yang lekat, tetapi dah dipetik habis oleh rakan saya yang bertandang bila dapat tahu saya ada tanam pokok ni. Dia begitu yakin dengan khasiat pokok ini.
Saya dah pesan benih baru daripada pembekal. Katanya boleh dapat. Katanya lagi, ramai juga orang etnik cina cari. Mereka cakap "Viagra Arab". Pulok doh, patut lah rakan saya bersungguh sangat. Tentang libido ni, saya kurang arif sebab, tapi yang pasti kalau ia berkhasiat, kita akan sihat dan ceria. Bila sihat dan ceria kita pasti akan lebih berkasih sayang. Sayur ni sesuai untuk semua orang, bukan satu golongan sahaja.
Saya masih belajar memasak sayur ni. Masih tercari-cari masak apa paling best. Walaupun kelihatan berserat, sayur ini sebenarnya lembut dengan sedikit lendir seperti Pucuk Daun Teja. Rasanya pula seakan-akan bayam dan remayung. Sedap bila kena cara masak. Banyak juga resepi dipamerkan di Internet yang gunakan sayur ini. Kena cuba dulu dan pilih resepi yang menhasilkan masakan paling enak.
![]() |
Tuaian Mulukhiya |
Pautan Benih Untuk Dijual
As salam tuan,
BalasPadamSekali pandang nampak mcm pokok ara songsang. Cuma berbeza pada ciri daunnya.
Saya belum lihat lagi pokok ara songsang.
Padamwalaupun banyak khasiat... saya susah sikit nak cuba sayur-sayur baru ni... :(
BalasPadamSaya pernah makan sayur mulukhiya, dimasak air. Sedap, walaupun mulukhiya tu yang dikeringkan, kerana rakan Arab tersebut merantau (samalah macam orang Malaysia kalau merantau mesti bawa ikan bilis kan... hehehehe)
BalasPadamSaya tak tahu pula. Tuaian yang dah nampak layu, saya masuk dalam kotak kompos aja. Mungkin lepas ni boleh keringkan.
PadamKalau di kampung dulu saya pernah lihat jiran keringkan lebihan sayur dan sayur buah, misalnya tomato, timun dan lobak. Sekarang tomato jemur dah jadi makanan mewah. :)
Saya ada terbaca tentang resipinya di blog ini
BalasPadamhttp://aurisshaira89.blogspot.com/2011/01/mulukhiya.html
Saya tertanya, sekarang en. Is dah dapat tak benih barunya? Mungkin nanti bolehla pula saya menempahnya. Nak juga cuba varieti lain.
Saya tak dapat varieti lain. Saya biakkan benih yang Iwong kirim.
PadamOh. Saya ingatkan en. Is ada membeli biji benih baru berdasarkan ayat "Saya dah pesan benih baru daripada pembekal." Tak apalah.
PadamYa, saya memang ada pesan. Pokok ini ada dalam katalog pembekal. Belum ada stok, kata mereka. Begitu juga dengan benih zukini.
Padam