Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 4 September 2012

Mencambah Benih -- Kejutan Sejuk, Stratifikasi

Jika beli benih tanaman dari negara empat musim, benih mungkin lambat bercambah. Ini kerana benih telah diprogramkan untuk bercambah di musim bunga, iaitu selepas musim sejuk.  Untuk aktifkan benih yang sedang "tidur", anda perlu kejutkan dulu melalui proses yang dikenali sebagai stratifikasi.

Letakkan benih dalam beti sejuk (ruang beku) sekurang-kurangnya 2 minggu. Kemudian alih ke  dalam ruang segar, iaitu bahagian sayur selama 2 minggu.  Keluarkan daripada peti sejuk dan biarkan suhu benih kembali ke suhu bilik selama 2 hari.  Kemudian semai benih tersebut.

Saya pernah terima benih kangkung yang tidak aktif.  Walaupun benih kangkung berasal dari kawasan khatulistiwa dan tropika, saya cuba kaedah ini  dan menakjubkan, benih tersebut aktif semula.

9 ulasan:

  1. Terima kasih untuk perkongsian ini.

    BalasPadam
  2. Dorman juga menjadi masalah utama untuk benih kelapa sawit. Tapi tak sangka pula kangkung pun boleh begitu. Bagaimana kita nak tahu ia dorman sejuk tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pasti. Setakat ini baru cuba cuba. Itupun nasib baik menjadi. Kena cari bahan rujukan dulu.

      Padam
  3. Thanks a lot for this info...sangat berguna pada saya. Ada somebody gave some seeds from Australia, tp saya malas nak semai sebab takut tak naik...now will try your method.

    BalasPadam
  4. Saya pernah membeli benih lavender yang diimport.menurut panduan yang diberi,benih perlu disimpan didalam peti sejuk selama 2 minggu sebelum disemai. Apa yg saya lakukan ialah meletakkan benih diantara 2 lapis tisu yg dilembapkan di dalam peti sejuk. Akar mula keluar selepas 5 hari dan saya alihkan benih ke dalam pasu kecil berisi tanah dan masih disimpan didalam peti sejuk. Beberapa hari kemudian benih mula tumbuh bersama daun dan saya mula meletakkannya dibawah lampu. Mungkin disebabkan anak pokok belum immune dgn suhu sekeliling akhirnya ia mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak juga. hanya ada satu akar kecil dan saya menggunakan penyepit bermuncung tajam untuk mengalih benih yg halus.lepas cover dgn tanah saya cuma spray air utk pastikan tanah sedikit lembap. d

      Padam
  5. Lynn pun dapat benih dari oversea..simpan dlm fridge 2 minggu, tumbuh jugak..tapi akhirnya lepas dialihkan dia mati, cuaca terlalu panas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya cambahan mati kerana akar rerambut romsak ketika mengalih. Cambahan gagal menyerap air selepas dialih.

      Padam