Kalau orang dulu-dulu, mereka rendam daun sejenis pokok. Saya lupa jenis pokok tersebut sebab masa tu masih kecil. Air rendaman digunakan untuk mencelup batang pokok sebagai penggalak akar. Kini tak perlu susah susah. Ada berbagai jenis penggalak akar, dari yang mahal, iaitu dalam RM50 sebotol kecil hinggalah ke RM3 sebotol kecil.
Kebiasaannya bahan aktif yang ada dalam penggalak akar ialah IBA atau indo butyric acid yang bertindak memudahkan aliran hormon pertumbuhan di dalam keratan batang. Asid ini boleh diperolehi daripada beberapa jenis tumbuhan.
Apa yang anda perlu buat ialah larutkan 1 sudu besar serbuk penggalak akar dalam 1 liter air dan rendam keratan batang semalaman (12 jam) di dalam larutan tersebut. Larutan ini juga boleh digunakan untuk kejutkan benih yang tidur (dormant).
Ada antara rakan yang meminta saya jualkan serbukk ini. Saya ada pek dalam 20 bekas kecil. Saya jual 2 bekas dengan harga RM10. Kalau teringin pesan cepat sebab hanya ada 20 bekas sahaja.
![]() |
Agen serbuk penggalak akar. |
Saya nk 2 bekas yer En iskandar..ptg nanti saya bank in duit n email details pesanan...terima kasih.
BalasPadamSaya simpankan 2 bekas untuk Avia.
PadamMemang penggalak akar boleh di pakai untuk kejutkan benih ya en.Is. contoh benih yang macam mana ya?
BalasPadamAda yang cuba dengan benih anggur dan epal, katanya menjadi. Saya belum cuba lagi. hanya guna untuk keratan aja.
Padam1 sudu besar tu nak larutkan dlm byk mane air? satu sudu ke satu cawan air? benih epal...nak kejutkan benih epal boleh dengan cara.....benih epal...di balutkan dlam tisu tp jgn tebal....cukup sekadar sehelai...kemudian lembapkan tisu dan masukkn dlm bekas plastik...masukkn dlm ice box....bukan freezer tau......tempat simpan sayur....benih akan bercambah dlm 1-2 minggu, saya dah cube...dan berjaya.
BalasPadamSyabas Akira. Kaedah yg berkesan.
PadamTerima kasih atas perkongsian ilmu nie... rasa mcm nak cuba la pulak lepas dah baca nie... :D
PadamYa, boleh cuba. Kongsikan bersama maklumat bila menjadi nanti.
Padamsalam tuan,
BalasPadamUntuk ranting2 bunga ros sesuai ke?..sebelum ni saya guna, tak ingat apa jenamanya, tak perlu larutkan dalam air, hanya keratan ranting yg nak ditanam tu,cucuk atas serbuk pengiat akar tu dan tanam dalam plastik semaian. Hasilnya dari pada 10 batang yg disemai,paling banyak hanya 2 atau tiga yg bertunas.Dah lama saya nak cari pengiat akar yg lebih berkesan.
Kalau hanya 2 dari 10 yang menjadi lebih baik tak dicelup, lagi tinggi peratus yang menjadi. Kalau jenis gel tak perlu dilarutkan. Kalau jenis serbuk, dari pengalaman saya elok dilarutkan.
Padamhahaha betul juga.saya tak terfikir hal ni..saya asal ada benda jenis keratan batang nak tanam mesti cucuk kat serbuk penggiat akar tu..entah apa2, main ikut2 je..arahan apek yg jual benda2 tu.hasilnya main harap2 je.Nanti saya email tuan.
BalasPadam:)
PadamTuan, macam mana kalau nak buat pokok bucida jadi rendang? Bolehkah kuna kaedah penggiat akar nih?
BalasPadamdaun setawar kot yg dimaksudkan
BalasPadamSaya tak tahu tentang pokok Bucida. Itu nama Genus, nama species nya apa ya?
PadamPokok yg selalu org tanam tepi rumah buat hiasan..Bucida Buceras..rasanya ketapang kencana atau ada juga yg panggil pokok doa sebab bentuk dia mcm payung. Masalahnya dia meninggi jer, tak rendang mcm yg tepi jalan tu.
Padamada lagi ke tuan, kalau ada saya nak 2 bekas..
BalasPadamYa, ada lagi.
Padamboleh order lg x?
BalasPadamYa, boleh.
Padamsalam.. saya berminat nak dapatkan bahan pegalak akar yang guna bacuhan air.. jadi mcner saya nak contact dirct pihak ncik ea.. sini saya tgglkan no talifon bg memudahkan pembelian... 019 7444 329 ( ishak )
BalasPadamBoleh contact melalui emel, [email protected],
Padamatau sms 0172889364
salam...
BalasPadamsaya berminat untuk mendapatkan sebutharga...senarai barang2nya banyak, bagaimana dpt saya hubungi tuan...
ni EMAIL [email protected]
0173945077
redzuan
marketing
salam...
BalasPadamsaya berminat untuk mendapatkan sebutharga...senarai barang2nya banyak, bagaimana dpt saya hubungi tuan...
ni EMAIL [email protected]
0173945077
redzuan
marketing
tn mcm mana nak semai pokok jenjarum?
BalasPadam