Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumaat, 21 September 2012

Masa Untuk Sawi

Sekarang hujan setiap hari di Lembah Kelang.  Kawasan rumah saya, hujan turun di sebelah pagi dan petang.  Hujan pula tidaklah terlalu lebat sehingga merosakkan semaian.  Musim begini elok dimanfaatkan dengan menanam sawi. 

Sawi Menang dalam patch tomato.  Kelihatan dah mula padat.  Boleh dijarangkan lagi.

Masalah yang saya hadapi bukannya tentang menanam sawi, tapi sawi apa nak dipilih.  Apa tidaknya, dalam peti sejuk tempat saya simpan benih, ada benih 16 jenis sawi.  Ini tak termasuk kai choi, sayur putih, kobis, kobis cina, kailan dll.  Semuanya dari keluarga Brassica. 

Sawi Bakso dalam bekas panjang berebut ruang kerana terlalu padat.  Kalau dijarangkan boleh isi sehingga 5 bekas panjang.

Hampir 3 minggu lepas saya ambil keputusan untuk semai sawi yang biasa. maksud saya, bukan dari jenis sawi renek.  Saya ambil secubit sawi menang (batang putih) dan secubit sawi bakso (batang hijau) dan tabr aja di dalam bekas pasu panjang dan pada ruang kosong di tepi pagar.  Selepas 3 hari, cambahan tumbuh dengan padat.  Dalam hati, saya berkata,

"Tak apa tanam banyak, nanti boleh kerat buat salad."

Secubit benih sawi adalah satu pek yang saya edarkan melalui blog ini.  Tak banyak, fikir saya.

Secubit benih sawi boleh hasilkan 2 patch seperti ini.  Nanti puas makan.


Bila tiba waktu mengalih, saya dan isteri mula mengalih sawi bermula dari kawasan yang padat dengan cambahan.  Oleh kerana sekarang musim hujan, kami ambil keputusan untuk biarkan semuanya membesar.  Secubit benih sawi rupa-rupanya dapat memenuhi dua patch sayur depan rumah kami, dan masih banyak lagi yang tumbuh padat.

Tadi isteri tanya, 

"Bang, dah hampir 3 minggu semai sawi, dah sampai masa untuk semai batch baru kalau nak pastikan bekalan sawi tak putus, elok semai batch baru.  Nak semai tak?"

"Nak", 

jawab saya.  

"Kita cuba JB-888 pula."

Dalam hati, mana nak letak ni?  Patch seberang jalan belum disiapkan lagi.  Sekarang sedang struggling menyiapkan buku.  Tapi dengan cuaca sebegini, tak kan nak lepaskan peluang.   Rugi kalau tak menyemai.

Ketika ke pasaraya, ada juga saya jenguk bahagian Produce.  Tiga batang sawi harga RM1.50.  Jadi kalau 4 batang, RM2.00, harga 1 pek benih sawi yang saya jual melalui blog ini.  Kalau satu pek menghasilkan 2 patch sawi, itu dah hampir 150 pokok.  Kalau separuh menjadi, nilainya RM37.50.  Ini amat menjimatkan duit dapur.  Itu tak termasuk kos perubatan yang dapat dijimatkan kalau makan di luar.  Tak termasuk penjimatan lain, misalnya kurangkan stress dan lain-lain.

Cuma bila mengalih sawi ni, ada kelemahan juga berkebun cara saya.  Kami terlalu banyak tunduk. Ini kurang elok untuk tulang belakang dan pinggang.  Kena fikir cara penyelesaiannya.  Silap-silap, nak sihat, dapat penyakit baru -- sakit pinggang. 

Kalau alih ke dalam pasu seperti ini dan letakkan di atas para separas pinggang, mungkin dapat kurangkan risiko sakit pinggang.


Apa-apa pun kita fikir fikir nanti.  Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

21 ulasan:

  1. assalamualaikum en iskandar....syorkan pada en iskandar gunalah kerusi plastik rendah tu,jadi tak perlu membongkok atau mencankung, ha ha taklah letih sangat... saya ada kerusi plastik tu diruang depan rumah dan belakang rumah, bagi saya kerusi plastik rendah tu sangat berguna untuk berkebun..cubalah en iskandar yer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea yg baik. InsyaAllah saya akan cuba. :)

      Padam
  2. Di kawasan rumah tuan tak ada belalang ke? Daun nmpk elok je. Yg saya tnm habis dikunyah oleh belalang. Bagus cadang hidayah tu, kerusi tu hrganya RM3-RM5 shj.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan dapatkan kerusi plastik.
      Belalang dan siput ada terutamanya musim hujan seperti sekarang. Siput saya kutip, Ruag antara laman saya dengan laman jiran saya tabur pellet siput untuk menghalang perosak dari laman tersebut bertandang ke laman kami. Belalang dah kena spray larutan sabun dan minyak masak. Lepas 3 kali sembur semua dah hijrah ke laman orang lain. Ada lagi seekor dua yang degil, tapi saya tangkap dan beri makan ikan.
      Sejak guna sistem buddy, serangga kurang sedikit bertandang.
      Cuma yang menjadi masalah saya sekarang ialah kucing. Dawai mata punai dapat membantu, tapi ada juga kucing degil yang merempuh masuk. Semalam patah satu pokok cili kulai king.

      Padam
  3. Sistem Buddy tu memang so far berkesan sgt...Bhg belakang rumah Rizal sediakan meja + kerusi utk lepak2 dan juga buat tempat bekerja. So kalau nak mengalih anak2 benih, tanam biji benih tu memang buat atas meja..selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju. Semua kerja dilakukan atas meja, tapi ketika mengalih ke tanah masih terpaksa tunduk. Begitu juga ketika merumput.
      Dua-dua idea ni bagus. Ketika mengendali semaian, buat ats meja. Ketika mengalih dan merumput, guna kerusi plastik.

      Saya pernah lihat alatan bertanam yang dijual yang membantu menyelamatkan pinggang

      Padam
  4. Abang..x try buar para ke?buat style bekas besar2 pastu reka satu para betingkat..saya tengah pikir nak jimatkan ruang utk menanam..keluasan halaman rumah sangat terhad..sedang syiok menanam...dah tertanam kat tanah jiran sebelah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlintas juga nak buat bertingkat tapi kena consider sumber cahaya.

      Jiran senyum jer tu. Nanti dpt makan sayur free. :)

      Padam
  5. En iskandar,

    benih yg dibeli tu kalau just semai separuh, mcmana cara nak simpan ya...saya just letakkan dlm bekas bertutup tanpa stapler semula plastik benih tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastikan disimpan di tempat kering. Kalau simpan pada suhu bilik tahan 6 bulan hingga 2 tahun. Kalau dalam peti sejuk dan bekas kedap air tahan hingga 5 tahun.

      Padam
  6. Assalam en is. Terima kasih. Benih sy dah sampai ptg td. Sy nk tanya, lps semai benih, bila masa yg boleh kita mula letak baja organik? Kena tunggu anak pokok besar mana? Anak pokok bayam sy kurus-kurus sj. Ingat nk letak baja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak baja selepas daun sebenar tumbuh 4 helai. Jangan letak baja ketika cambahan hanya ada 2 helai daun kotiledon.

      Padam
  7. En Is, nak tanya sikit tentang penanaman sawi yg betul. Mengapa sawi yg saya tanam mcm keras je selepas 30 hari di alih ke batas & tak lembut spt yg terjual kat pasar? Saya tanam atas batas & dibawah matahari dari pagi hingga ke jam 2 dan kawasan tu redup hingga kepetang sbb ada pokok. Semasa menanam dulu, sawi tersebut saya alihkan selepas 2 minggu kerana lambat berdaun 2 yg sebenar, adakah ini antara penyebab sawi keras atau matahari yg sgt terik di tengahari kerana saya tengok sawi jadi layu & terpaksa siram. Adakah kekurang nutrient tanah antara penyebabnya?Harap En Is dpt membantu.TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya Green Rose dah menyiram dan membaja secukupnya, dan pokok mendapat cahaya pagi sepoenuhnya tapi pokok masih kecil, ada 2 kemungkinan.
      1. Tanah yang digunakan adalah tanah yang terlalu mampat, misalnya kandungan tanah liat terlalu tinggi menyebabkan akar gagal bernafas. Gaulkan lebih kompos, baja organik dan pasir untuk membaiki struktur tanah.
      2. Pokok gagal serap nutrien, kerana tanah terlalu bersaid atau terlalu beralkali. Baiki pH tanah. kalau tanah terlalu berasid, campurkan kapur, kalau tanah terlalu beralkali campur belerang.

      Padam
  8. Terima kasih En Is. Happy dengan penerangan yg dibagi :). Pening juga kepala ni dibuat utk menyelesaikan persoalan di atas sehingga saya dirikan bambu utk menyimpan net sebagai sungkupan. Memang btllah tanah tersebut terlebih tanah liat sbb tanah tak berapa hitam dan terdpt ketulan tanah berwarna orange. Kompos dan baja organik dah dicampur tapi dalam jumlah yg tak mencukupi. Lepas ni nak korek pasir yg dihanyutkan kat tebing sungai :). Kalau masih tak menjadi, kena check PH tanah pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmula-mula rumit, lepas tu tiada masalah lagi. Untuk sawi jangan guna sungkup. Kalau cahaya tak cukup pokok boleh jadi bantut juga.

      Padam
  9. TQ dgn informasi yg diberi En Is. Saya memang baru dlm bercucuk tanam, nak makan sawi yg bebas dgn pesticide.

    Memang rumit juga bercucuk tanam ni, itupun baru menanam sawi dan belum lagi yg lain2 tu. So far, yg hairannya belum ada lagi serangan serangga2 perosak kecuali ada kerangga yg merayap di tanah dan di pokok kacang panjang.

    Di rumah banyak juga kucing, bila datang tu, saya ambil batu kerikir dan pura-pura humban kat dorang utk takut-takutkan, habis kucing bertempiaran dan tak berani datang lagi. Tapi kadang-kadang tu saya pula yg bawa kucing kesayangan sama-sama bercucuk tanam :).

    Dah sebulan saya baca blog En Is, dari mula hinggalah nak masuk Sept 2012. Enjoy btl membaca dan stres hilang bila melihat gambar-gambar yg diselit.

    Bila ada masalah bercucuk tanam tu, blog En Is dah macam jadi kamus saya. Saya berharap bila buku En Is siap nanti, buku tu menambahkan koleksi saya sbb so far buku yg saya jumpa samada dari dlm dan luar negeri, informasi yg diberi hanya secara ringkas. Bertuah btl saya terjumpa blog ni, You are the best!

    Jeles juga bila tengok kwn-kwn lain dpt order benih-benih sayur yg jarang dijumpai, mungkin lepas ni harap-harap giliran saya pula.:)

    BalasPadam
  10. Tentang makhluk perosak tu, kalau ada kerengga, tu kira dah elok sebab ia akan makan serangga perosak yang menceroboh. Cuma lecehnya kerengga sering menggigit kita, tapi sebenarnya ia sahabat kita. Pada pendapat saya kerengga lebih elok daripada ladybird sebab larva ladybird suka makan daun terutamanya daun terung, kari, dan peria.
    Dari bacaan saya, 2000 tahun dulu kerengga dijual di pasar di negeri cina untuk tujuan menjaga tanaman. Hebat.

    :) Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini serta memeriahkannya.

    BalasPadam
  11. :) sama-sama kita memeriahkan blog En Is.

    waaa...kerengga ni kira natural pesticide bagi org dulu-dululah. Hebat betul!

    Rasanya saya kena biarkan sarang kerengga di sepohon pokok kacang panjang di tengah batas tanaman. Nak tengok kelebihan serangga ni.

    hehe...everyday rambut yg jadi mangsa kerangga.








    BalasPadam