Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Sabtu, 22 September 2012

Lebatnya Hujan Semalam, Patin Berpesta Sakan

Lebatnya hujan semalam.  Saya pula tak pasang sungkup plastik untuk lidungi tanaman. Bangun pagi, semua pokok kelihatan subur, tapi rebah di tanah.  Cili Kulai King, Terung, Sawi.... semua rebah.  Tak mengapa nanti akan pulih.  Cuma daun terung dan sawi pecah pecah terkena air hujan yang terjun dengan laju dan kasar daripada bumbung.

Kolam ikan sekangkang kera yang penuh dengan patin yang sedia untuk dibarbeku pula penuh melimpah kerana outlet tak dapat menampung air yang banyak masuk sekaligus.  Separuh dari patin berpesta membebaskan diri ke dalam storm drain.  Karp Singapura pun mungkin dah separuh jalan balik kampung ke Singapura. :P

Di taman ni, petang petang ada anak anak sekolah yang menangguk ikan.  Malam ni ramailah yang dapat makan ikan patin gamaknya. Adui, tu larr, Mem ajak barbeku, beri alasan nak tunggu semua anak-anak balik.  Bukan senang nak kumpul semua.  Masing-masing dah sibuk dengan tugas harian.  Nampaknya bila mereka pulang berkumpul tak cukup patin ni.  Kena topup dengan keli pasar borong jugalah. :(  

15 ulasan:

  1. Uih... sayangnya... takpelah En Is, bukan nak rezeki gamaknya tu... mungkin lepas ni kena modify sket kolam ikan tu supaya supply overflow boleh keluar tanpa ikan dapat keluar :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kali pertama kolam tersebut melimpah.

      Padam
  2. Mmg lebat hujan malam dan pagi td.. Alhamdulillah.. Kurang sikit pencemaran udara.. Tanaman pun segar dibuatnya.. Hujan rahmat dari Allah..

    Overflow tu kena besarkan sikit tuan.. Pastu guna jaring tangguk ikan untuk halang ikan dari keluar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah check, rupa-rupanya alur outlet tersumbat.

      Padam
  3. takpe la... rezeki yang Allah suruh kongsi... sikit je tu... nanti ada yg lebih besar datang... insyaAllah :)

    *dah separuh jalan ke Singapura - tu ayat tak tahan baca... hehehe... tengah imagine ikan tu berenang... lepas tu salah jalan... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kah kah. saya pon duk bayanglan juga ni kak. agak-agak lepas kastam tak? >__<

      Padam
    2. He he. Barangkali dah lepas. Sedang makan rojak Singapore tu.

      Padam
  4. Teringat zaman kecil saya. Saya selalu menimba di paya dengan kawan-kawan semasa kecil. Ikan haruan kadangkala sampai besar lengan saiznya. Belum masuk lagi ikan kecil, terutama ikan puyu dan ikan cermin.

    Agak kesal sebab bermula umur 11 tahun saya mula 'dikurung' sebab perlu hadapi UPSR. :-(

    BalasPadam
  5. Saya kecil-kecil dahulu selalu pergi menangkap ikan di longkang besar di taman saya. Kadang-kala penuh dengan ikan keli kerana kolam di hujung kampung melimpah selepas hujan lebat.

    Takpa tuan. Buat sedekah untuk orang kampung. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik orang hujung kampung bela keli, kalau bela buaya nahas.

      Hari ni terjumpa beberapa ekor tersadai dlm longkang yg dah kering -- mati.

      Padam
  6. teringat satu masa dulu banjir besar melanda Narathiwat. Kolam ikan abah habis semuanya tenggelam..bila dah surut ramai org kg bercerita tentang ikan abah yg kena jala di sungai..bukan rezeki kita. Apa-apa pun, subang x hujan..mendung jer..

    BalasPadam
  7. As salam tuan,
    Saya pun ada bela ikan patin dlm kolam hiasan. Mereka tak pernah cuba utk melarikan diri biarpun hujan lebat dan air kolam naik hingga ke tebing. Ikan puyu habis lompat dan ada yg mati terdampar berdekatan kolam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya start dengan 200 ekor. Tinggal dalam 50 ekor. Separuh terlepas atau mati dipekup kucing. Dalam 50 ekor dah kena barbeku.

      Padam