Pokok Kesum amat istimewa. Tanaman herba ini tumbuh subur di tanah yang mempunyai air yang bertakung. Ia enak dijadikan perisa makanan. Saya dapati, daun kesum yang dikeringkan dan dijadikan serbuk amat sesuai dijadikan perisa makanan. Malangnya saya belum pernah jumpa serbuk kesum dalam botol perisa belum dijual dimana-mana. Mungkin kerana rasa dan bau kesum dikaitkan dengan laksa penang. Tapi kalau orang yang tidak biasa dengan masakan tempatan, perisa ini amat enak. Saya pernah campur perisa uini dengan garam, bila ditabur di atas mee goreng, sedapnya.... Kalaulah pokok ini dapat kat orang luar, pasti dah lama dikomersialkan. Pasti ramai yang akan jadi jutawan. Di negara kita, kesum hanya berakhir di pasar, tidak dikomersialkan secara besar-besaran. Malang. :(
Kesum ini ditanam daripada keratan batang. Saya tiada menyimpan benihnya.
Kesum ini ditanam daripada keratan batang. Saya tiada menyimpan benihnya.
![]() |
Kesum di halaman rumah saya ditanam dalam kolam ikan. Ia tumbuh subur. |
Pautan Benih Untuk Dijual
Salam..kalau tanam dalam kolam perlu tanah ke tuan?
BalasPadamPerlu juga. Sara cucuk dalam pasu, kemudian letak pasu dalam kolam. Kolam tu ada dalam 150 ekor ikan patin. :)
Padamsalam tuan,
BalasPadamkesum yg dalam gambar ni, jenis daun halus atau yg daun besar dan kasar?.orang kata kesum ada 2 jenis.
Saya tak pasti jenis-jenis kesum. Kalau lihat di pasar, memang ada beberapa jenis. Tapi perbezaannya sedikit aja ikut variety. Yang jelas rasanya tak jauh berbeza.
PadamKesum bkn ada dua jenis tp terbahagi kpd dua jenis utama iaitu jenis menjalar dan yg tumbuh menegak. Di seluruh dunia ada lbh kurang 300 spesis kesum.
PadamWah banyak tu. Tak sangka.
PadamPokok kesum saya penah di serang serangga yg duduk di belakang daunnya.. Berwarna putih Dan Ada banyak semut... Tak tau apa namanya.. Tapi, saya cabut keseluruhan pokok Dan tanam semula bila dapat bekalan batangnya Dari pasar.. Sekarang Cuba juga tanam dalam botol cara self watering yang en is ajar tempohari.. Harap2 menjadi..
BalasPadamKesum ni ada org yg mkn sbg ulaman. Dlm masakan asam pedas dan laksa memang dh jadi kemestian daun kesum ni. Kalau tak masukkn daun kesum tak menjadi.
BalasPadamBetul tu. Itu yang saya hairan mengapa kedum tidak dijadikan serbuk perisa.
Padamdulu semasa tinggal dirumah lama (apartment) kawasan menanam terhad... jadi setiap kali saya beli daun kari dan kesum... lebihan nya saya keringkan kemudian simpan di dalam botol...
Padamapa yg saya dapati... rasa daun kari tidak /kurang terjejas walaupun kering... tapi rasa daun kesum dah kurang enak... lebih-lebih lagi bila dah kering kemudian kita guna dlm asam pedas... daun kering itu tak begitu sedap utk dimakan... itu je... dari segi bau... ok lagi...
Pokok kesum yg saya tanam..selalu mati sebab kena serang benda yang warna putih tu..camna nak buat ye encik iskandar..mula2 dulu tanam dalam, pasu yg ada air.tumbuh subur..lepas tu benda putih ti serang.habis mati.kali ke dua tanam dalam stryfoam..hidup la dlm 2 bulan..pastu jadi menda yg sama.sekarang ni,pokok dah layu cam nak mati..ada petua tak en iskandar nak atasi masalah ni.
BalasPadamKalau mealy bug atau lalat putih, boleh gunakan semburan larutan sabun pencuci pinggan dan minyak masak.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html