Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 2 September 2012

Keperluan Benih Untuk Bercambah

Saya ada banyak terima permintaan daripada rakan-rakan supaya berikan satu panduan umum tentang keperluan benih supaya bercambah.  Saya harap posting ini dapat membantu rakan-rakan mencambahkan biji benih.  Panduan ini adalah panduan umum, mungkin ada keperluan khas yang diperlukan unuk sesetengah benih.

Benih perlukan beberapa perkara asas untuk bercambah dan pertumbuhan.

1. Lembapan, lazimnya diperolehi daripada kompos atau tanah yang lembap.  Benih besar boleh direndam bermalam untuk cepatkan pecambahan.
2. Oksigen, diperoleh daripada udara sekeliling. biasanya udara dalam kompos yang lerai atau tanah yang digembur.
3. Haba, daripada sekeliling.  Suhu yang sesuai adalah dari 20 darjah Celsius ke atas.
4. Ada biji benih, lazimnya darpada jenis liar memerlukan cahaya untuk bercambah. Oleh itu tutup benih dengan lapisan kompos yang nipis untuk pastikan benih mendapat cahaya.

2 ulasan:

  1. betul tu, setiap benih ada jg yg keperluan berlainan..ada sy ingat satu benih french bean (kacang buncis) yg drp oversea..setelah disemai benih, jgn siram air selama bbrp hari, biarkan haba lebih.mcm tak logik ttp btul..bila disiram air jgk mmg tak bercambah kacang tu.

    BalasPadam