Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 18 September 2012

Kapsikum Berjalan Jauh


Jarang-jarang sekali kami diziarahi anak-anak muda daripada IPT untuk menjalankan kajian, soal selidik atau untuk membeli anak pokok atau biji benih.  Ada yang datang dari jauh, dari perusuk Malaysia.  Terasa kagum dengan kesungguhan mereka yang minat dalam bidang agroteknologi ni.  

Semalam sekumpulan anak muda daripada UiTM Jengka singgah untuk dapatkan pokok kapsikum.  Untuk dibuat pemerhatian dan kajian kata mereka.  Patutlah tergerak nak semai beberapa benih kapsikum sebelum ini. Rezeki mereka rupa-rupanya. Beruntung juga anak pokok kapsikum ni, tidak berakhir di situ sahaja.  Rupa-rupanya nak berjalan jauh ke Jengka dan terus berbakti dengan membongkar seribu rahsia kapsikum. Buah terhasil pun luar biasa lebatnya.

Kapsikum berbuah lebat.

8 ulasan:

  1. wah bagus tuh.. Biji benih yg lynn order pun berjalan jauh Tuan Is.. seberang laut lagi..(abah dok tanam di Sungai Padi, Narathiwat...), juga buat student projek di Sekinchan. Harap2 hasilnya cantik, boleh kongsi gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, gembira bila baca ulasan lynnhelite.

      Padam
  2. Tahniah tuan! Moga terus dilimpahi rahmat atas rezeki sebegini...

    BalasPadam
  3. Wahh.. Tu tempt saya belajar dulu..

    BalasPadam
  4. Tgk buah kapsikum yg segar ni rasa teruja sbb ia blh dimakan tanpa was-was dgn racun serangga.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum en iskandar... semoga segala usaha en iskandar ini dipermudahkan oleh ALLAH.saya sendiri sangat bersyukur jumpa blog ni,proses mencari ilmu, info,dan segala benih yg susah dicari ada di blog en iskandar.proses menanam menjadi mudah dan menyeronokkan.walaupun berbagai cabaran menanam dihadapi...:) huhu terima kasih atas segalanya

    BalasPadam