Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 3 September 2012

Jangka Masa Bercambah

Secara purata benih bercambah dalam masa 30 hari.  Bagaimanapun ada benih yang akan bercambah dalam masa 90 hari atau lebih.  Benih pokok bunga lazimnya mengambil masa yang lebih lama berbanding benih sayuran untuk bercambah.

Jika benih yang anda semai tidak bercambah dalam jangka masa yang diramalkan, perhatikan untuk kenalpasti apa silapnya.  Dari pengalaman saya, mungkin benih dah jadi lecuh, reput atau terlalu lembik dan hancur. Jika ini berlaku anda perlu semai benih yang baru.

Jika benih masih keras dan hidup tetapi tidak bercambah, ia mungkin masih "tidur".  Ini mungkin berlaku kerana benih menunggu waktu atau keadaan terbaik untuk bercambah.  Ini untuk memastikan benih akan berjaya tumbuh hingga matang.  Mungkin waktu anda menyemai suhu terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Sebagai contoh, minggu lepas saya telah uji cambah benih Bendi Emas menggunakan tanah yang digaul dengan kondisyener tanah, sedangkan tanah untuk cambahan tidak boleh terlalu banyak baja kerana pH tanah yang terlalu banyak baja lari dari julat pH yang sesuai untuk cambahan.  Benih tersebut tidak bercambah walaupun selepas 5 hari disemai.  Bila saya keluarkan benih, ia masih keras dan tiada tanda ia bangun walaupun disemai dalam tanah yang lembap.  Kemudian saya keluarkan benih yang baru dan semai dalam tanah organik growmix.  Benih bercambah dalam masa 3 hari.

Benih Bendi Emas bercambah dalam masa 3 hari jika keperluan benih untuk bercambah diperolehi.


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual

3 ulasan:

  1. Salam,

    En.Is nk minta advice sikit.

    anak pokok tomato yang saya semai dah 2 pokok mati dengan sindiri. Saya tak faham kenapa,lepas siram tak berapa lama anak pokok jadi layu dan esoknye terus mati. Adakah saya terlebih siram atau mcm mana?

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin terkena penyakit reput akar akibat serangan kulat.

      Padam
  2. Saya ade menyemai biji benih cili didalam polibag tetapi mengapa hampir satu minggu saya tuggu tidak menjadi adakah disebabkan polibag yang kecil atau tanah yang tidak sesusai.....tq

    BalasPadam