Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 4 September 2012

Habis Habis Habis....

Petang semalam, pulang dari ofis, satu dulang semaian yang mengandungi cambahan spinach yang sedia dialih rosak.  Batang cambahan seperti dikerat-kerat angkara kucing.  Dapat selamatkan 4 anak pokok, terus dialih ke kotak gabus.

Pagi ini kembali ke rumah selepas hantar anak ke sekolah, dulang bayam pula yang kena cakar. Aduh.  Termenunng memikirkan kucing manalah yang dendam ni.  Tak ada satu pun cambahan dapat diselamatkan.

Masuk ke dalam rumah untuk sarapan.  Selepas 30 jam, keluar untuk ke pejabat.  Dulang semaian Garland Chrysenthemum pula yang dikerjakan.  Kotak gabus yang mengandungi semaian spinach telah dicakar.  semua cambahan putus.  Bila lihat patch sayur, rupa-rupanya anak lobak putih telah dikerjakan.  

Hairan, kalau nak dijadikan jamban, tak mungkin sampai 5 tempat sekaligus.  Ini dah macam khianat.  Berbaloikah pasang jaring pelindung pada tanaman untuk mengelakkan haiwan kesayangan jiran mengamuk dalam bekas semaian.  Pernah ada jiran dari etnik cina yang sarankan.  Kalau kucing kacau patch sayur, letakkan bau yang kucing takut.  Dia gunakan air kencing anjing.  Katanya bulu anjing yang digantung berdekatan patch tanaman juga berkesan.  Masalahnya, tak tergamak nak buat begitu sebab bahan tersebut tergolong dalam najis berat.  Nak perangkap kucing juga tidak munasabah sebab kucing haiwan pintar yang mustahil boleh diperangkap.

Mungkin cara menakutkan kucing boleh digunakan. Misalnya guna kulit yang ditanggalkan ular ketika bersalin kulit. Tapi tak semua kucing tewas dengan ular.  Ada kucing yang mampu membunuh dan memakan ular.

Nampaknya strategi menakut nakutkan kucing tak boleh digunakan.  Terpaksalah pasang jaring atau apa-apa alat pelindung tanaman. :(

15 ulasan:

  1. Sabar jela tuan. Serangan kucing yang comel pun boleh buat kita geram. Kalau di kampung, ayam kampung pula menyerang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah risau sebab patch seberang jalan akan ada banyak ruang tanah yang terdedah. Mungkin perlu letak sungkup sehingga tanaman dah kukuh.
      Terpaksa semai semula untuk dialih ke patch tersebut nanti.

      Padam
  2. salam tuan Is,
    kalau tak salah saya ada jual cecair spray cat repellent di pet shop. Sesuai untuk di sembur di pokok.

    Ada juga org bagi tips buat air cili padi dgn bawang putih untuk di sembur di tempat2 kucing kencing supaya bau dia hilang dan tak mai dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kandungan semburan tersebut?

      Saya cuba guna sungkup dulu. Semburan cili padi dan bawang mungkin akan menarik musuh lain pula. Banyak jenis lalat perosak gemarkan bawanng dan cili padi.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. owh... kesian En Is. Macam-macam dugaan nampaknya... suatu ketika dulu, habis tanaman musnah. Yg amat mencabarnya kerana tanaman nak digunakan untuk tujuan penulisan.

    Adakah yg musnah kali ini ada nak digunakan untuk tujuan tertentu, En Is?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada masalah,ini cabaran biasa bila bertanam. Nanti malam semmai semula.

      Ya, sebahagiannya untuk diambil gambar digunakan dalam buku. Masalahnya kami dah kesuntukan masa. Nampaknya part ini terpaksa diserah kepada ilustrator.

      Set siri ini sepatutnya 19 buah buku semuanya. Buku yang dah dilengkapkan hanya 10 buah. Sembilan lagi masih rongak menunggu gambar foto serta data lain.

      Padam
    2. Bila terjadi pada kes untuk digunakan bagi tujuan lain yg jadi tak seronok dan mencabar kesabaran. Maklumlah, kita berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik

      Padam
    3. Ya, perkara sebegini menguji kesabaran. Tapi bila berjaya dituai, keseronokannya akan menolak segala cabaran tersebut.

      Padam
  5. kucing dan ayam memang menjadi satu cabaran untuk menanam.hu hu yg penting sabar...pasu terbalik,tanah terlungkup,semaian bersepah,jadi jamban kucing huhu semua ada.....

    BalasPadam
  6. saya pernah mengalami perkara sama... kotak gabus putih tu dicakar kucing..nasib baik isinya pohon kunyit dan temupauh... tak la rosak sangat tanamannya sebab dah besar... yang terbaru pulak.. kucing pijak bekas semaian... habis penyek anak pokok spinach, cili, salad dan tomato...
    tak tau la apa tujuannya... tak pulak berbau kencing nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah juga ni. Mungkin boleh buat artikel khas nanti.

      Padam
  7. selalu terbaca kucing tidak gemarkan bau bauan keluarga citrus... mungkin boleh dicuba perahan limau nipis/limau purut/limau kasturi... cumanya tidak tahulah berkesan atau tidak....

    BalasPadam
  8. Rasanya mcm x berjaya sebab kucing jadikan pasu yang ada pokok limau tu jamban dia lak......

    BalasPadam
  9. saya pun sama je - masalah dgn kucing... terbaru sepanjang bulan 6-7 yang lalu... kucing masuk dan buat jamban merata-rata di laman rumah... apa saya buat ?...

    hujung minggu sanggup saya menunggu laman... nak tengok sapa punya angkara... saya tunggu... bila nampak dia masuk + mencangkung... saya masih tunggu... bila dia meneran je saya baling dengan selipar jepun saya - baling dengan tepat ke badan dia... lepas tu sempat lagi saya marah :
    'nko masuk sini - memerut lagi, aku baling nko dgn parang - buat la lagi... aku marah ni tau!'

    alhamdulillah... sepanjang puasa hingga sekarang... laman saya nampak nya dah tak jadi jamban... itu pun selepas 3 ekor kucing yg berlainan saya baling dgn selipar... :)

    hahaha - gila kan saya... ;p

    BalasPadam