Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 24 September 2012

Giler Giler Giler

"Aper yang gilernyer?"

"Ni ho lada ni! Bau pun dah berpeluh kulit kepala. Belum lagi kena lidah."

Cili Hantu a.k.a. Tridad Moruga Scorpion yang saya tanam adalah cili yang terpedas di dunia.  Pedas tu kalau ikut skala richter berapa?  Boleh runtuh bangunan?  Macam kena bom nuklear!

Skala cili bukannya Richter, itu sukatan gegaran gempa bumi.  Skala kepedasan disebut Skala Hangat Scoville atau Scoville Heat Unit (SHU).

Kalau cili padi 50,000 SHU.  Itu kira sangat pedas.  Cili Hantu, Trinidad Moruga Scorpion  2,000,000++ SHU.  New Mexico State University mengesahkan cili ini sebagai cili paling pedas di atas muka bumi ini.

Nak juga rasa kepedasannya....

Saya ambil satu biji, suruh isteri potong.  Dia pegang tangkai dah surrender.  Belum potong dah surrender.  Ish ish ish.... Katanya, pegang tangkai aja dah terasa hangat.

Saya hiris nipis, ambil lebih kurang 1 cm persegi.  Celup dalam sesudu besar kicap.  Ambil kicap tersebut, siram nasi goreng.  Makan nasi goreng tersebut.

Alamak!  Terus cari jus prune.  Phew! Nasib baik ada penawar.  Lepas tu beranikan diri gaulkan cili tadi (1 cm persegi) dalam nasi goreng dan letak dalam mulut.

Begini rasanya... Mula mula bibir rasa tebal, lidah terbakar, kulit kepala rasa tercabut dan berderai peluh.  Dada dan jantung rasa terbakar.  Kemudian perut rasa hangat. Mana airrrrrr..... cepat!!!!!

Siapa berani cuba?  Meh sini.

Cili Tridad Moruga Scorpion, cili paling hangat di dunia, setakat ini.

Buah cili Trinidad Moruga Scorpion, cantik.
Cara Memesan Benih
Cili Kampung
Cili Kapsikum Kuning
Cili Kapsikum Merah
Cili Kecil Super Hot
Cili Merah Kulai King, Baka f1, SP8339
Cili Merah Pedas (OP)
Cili Solok 639
Cili Solok Siam
Cili Wangi
Cili Yong Peng

48 ulasan:

  1. pernah nengok National Geo...tak sangka lak kat M'sia pun ada..

    BalasPadam
  2. kelakar cerita en. Is! dpt maklumat baru ttg cili terpedas di dunia ini!

    BalasPadam
  3. Kalau nak makan pedas, elok guna cili padi aja. Yang ini boleh guna untuk bunuh orang. :P

    BalasPadam
  4. pergh....baca cerita pun rasa berhantu....bagus cili ni kalau d gunakan utk tujuan keselamatan mcm jadikan semburan cecair pada peragut ke,pencurik ke....confirm bertaubat lepas kene. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pepper spray mempunyai SHU 2 juta. Tahap kehangatan dua bahan ini adalah setara. Boleh guna.

      Hmmm... macamana ya, kalau gunakan pada kucing yang selalu menceroboh merosakkan patch sayuran?

      Padam
    2. Yaaa.. Saya nak beli sebijik untuk buat spray pada kucing yang selalu datang melabur di rumput karpet belakang rumah..

      Padam
    3. Abis larr kucing kucing yang bertandang kena cili.

      Padam
  5. ada benih dia x abg Is?Nak satu pek kalau ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kena buat benih dulu. Satu saya simpan untuk Sufi Luqman.

      Padam
  6. Perghh.. Baca cerita tuan pun dah cukup buat saya tergaru kepala.. Dapat imagine la betapa pedasnya cili ni.. Gelaran pun cili terpedas didunia..

    Tabik juga untuk tuan sebab masih mampu menjamah cili tersebut.. Kalau saya, dah surrender..

    Hehe..

    BalasPadam
  7. saya nak beli benih cili ni..........kalu ader simpankan saya satu...tentang kucing....jgn la gunakan pada kucing...aniaya tu name nyer......kesian dier...mane dier nak dapat jus prune sebagai penawar...heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila sedia nanti saya akan simpan untuk akira satu pek.

      Padam
  8. simpan utk Lynn gak pls...suka tanam benda2 pelik & jarang jumpa ni

    BalasPadam
  9. Actually cili ni apa kegunaannya selain nak aniaya kucing tu ...kalau nak makan pedas kemain....boleh terasa kepedasan bila baca post En Iskandar nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali orang Negeri Sembila buat cili celup tepung aja. Mereka golongan yang tahan pedas. :)

      Cili ini dibuat makanan. Oleh kerana ia terlalu pedas, hanya sedikit diperlukan. Amat jimat jika digunakan sebagai perisa kerana jumlah yang diperlukan hanya sedikit.

      Ia juga digunakan dalam menyediakan bahanuntuk kandungan pepper spray yang digunakan sebagai senjata.

      Padam
  10. Mohon benihnya juga En Is. Macam teringin nak rasa tapi ada rasa gerun lak

    BalasPadam
  11. en. iskandar, simpan utk saya sama. nak try rasa jugak laa.. mcm best jerr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya cuba 1 cm x 1 cm yg dah dicelup kicap. Tu pun macam nak meletup kepala. Rasa sikit aja. Jangan mamah sebiji nanti toink toink, masuk emergency room yg ada flush tu....

      Padam
  12. bile boleh ade benih nyer? tak sabar nk test..tahap kepedasan nyer...agak2 smpai berasap telinge tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ini telinga tak berasap. Cuping telinga tanggal jadi abu. :p

      Padam
  13. Saya mmg peminat cili. Kalau ada lagi stoknya, simpan satu utk saya..

    BalasPadam
  14. Tuan ada ke benihnya? Rasa mcm nak cuba tanam la... tp mudah x nak cambah benihnya? Kot tanam monyet/kera yg suka ganggu tanaman saya makan, mgkn mereka akan serik nak bertandang lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya simpankan untuk Baguznet bila benih dah sedia nanti.

      Padam
  15. Aik, ramai yg mengorder Yek.. En is Ada banyak buahnya tu nak buat apa..? Pepper spray jugak ke..? Hehe.. Simpankan saya benihnya jugak ye.. Tq

    Saya setuju ngan baguznet tu.. Penah juga beberapa Kali jumpa kera kat belakang rumah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. uik, rumah Nurul pun ada masalah pelawat itu ke? Saya ni kalo ada pokok berbuah, mmg mereka lah yg menuainya dulu... :D

      Padam
    2. Tentang kera, saya pernah posting tentang cara mengendalikannya.

      Padam
    3. Ok, saya simpankan juga benih untuk Nurul bila benih telah sedia nanti.

      Padam
  16. Balasan
    1. Bila benih tersedia saya akan simpankan untuk Norazlina.

      Padam
  17. Balasan
    1. Saya pun takut. Masa petik pegang tangkai aja dah terasa hangat.

      Padam
  18. Salam en.is...tlg simpankn benih cili ni utk sy.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, bila ada nanti saya simpankan untuk cik purple juga.

      Padam
  19. Saya ada tanam juga cili ini. Mula2 ada kawan bagitau nama cili ini, macam tak percaya pula saya dapat anak pokok ini kat pasar tani. Setakat ini belum cuba lagi sebab buah baru hampir2 nak masak, itu pun sebiji sahaja. Yang lain masih lagi hijau. Di sebabkan cili ini cili paling pedas, saya cuba biakkan guna keratan batang, belum tahu lagi berjaya atau tidak kerana anak benih keratan baru berusia 2 minggu walaupun masih kelihatan segar. En. Is ada anak benih cili spesis lain yang eksotik tak? Terasa nak buat hobi tanam cili2 yang unik sebagai hiasan.

    BalasPadam
  20. Salam En Iskandar,

    Ada jual benihnya cili hantu nie?
    kalau ada mintak beli sikit.
    Saya baru semai anak Habanero dalam 10 pokok, so far ok, harap menjadi. Kalau ikutkan buahnya hari tu pedas juga.

    fadzly at gmail dot com

    BalasPadam
  21. Salam saya nak order 2 pek cili nie. Ada stok tak.

    BalasPadam
  22. Encik is . Ada lagi ke cili hantu ni ?

    BalasPadam
  23. Cik saya berminat nak beli cili tu..
    Wasapp atau msg kt saya 0145408801..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum. Bang. Ade biji benih lebih tak ? Kalau ada saya sanggup beli. Saya bkn nye bangga diri atau apa. Tapi orang kampung kata lidah saya ni lidah terminator. Haha. Cili padi da tak ade effect. Tu yg nk try cili yg extream skit ni. :D

    BalasPadam