Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 19 September 2012

Gambar Hari Ini -- Cambahan Pokok Buah Naga


Kata orang Pokok Buah Naga yang ditanam melalui benih lambat berbuah.  Betul tu, tapi sebenarnya kita tak perlu tunggu lama untuk dimanfaatkan.  Pokok ini cantik rupanya.  Ia bukan sahaja akan memberikan rezeki bila berbuah nanti.  Ketika kecil pun ia dah berguna.  Cambahan Pokok Buah Naga cantik rupanya.  ia boleh dijadikan hiasan.  Ketika kecil cantik kalau diletak dalam pasu hiasan.  Kalau ada anak-anak bersekolah rendah, sangat elok untuk menarik minat mereka tentang sains.  Ia mudah bercambah serta tahan kering.  Lagipun siapa pernah lihat pokok dari jenis kaktus bercambah?  Inilah masanya.

Cambahan Pokok Buah Naga. Daun sebenar mengandungi duri halus.

10 ulasan:

  1. Comelnya!!...1st time tgk anak pokok naga yg baru bercambah...nk tanam sendiri x cukup ruang pula :(..terima kasih Encik Iskandar kerana berkongsi gambar nie.

    BalasPadam
  2. Baru nampak mcm pkk naga sbb dh ada batang dgn duri tu. Kebanyakan pokok yg ditnm guna biji benih lambat berbuah tp ia lbh lasak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak sabar menunggu saiznya mencecah dalam sejengkal. Pasti cantik. Anak-anak pun dah booking nak buat hiasan atas meja belajar.

      Padam
  3. Wah! Ini rupanya anak pokok buah naga. Biji yang kecil pun boleh jadi secantik ini. Tak sabar nak tunggu update pokok ni berbuah nanti daripada en. Is.

    BalasPadam
  4. Comel comel..hehe..ni baru tengok anak pokok naga..kalau dak saya tau makan ja..huhu..

    BalasPadam
  5. Salam En. Iskandar,

    Selamat berpuasa. Reen dah buat cambahan untuk anak pokok naga warna merah. Dalam 2 hari dah tumbuh.. banyak anak naik. tapi tak tahu kenapa macam ada benda yang mkn anak2 pokok naga tu. Cari si pemangsa tapi tak jumpa. Entah ulat atau apa coz yang Reen jumpa kat tanah hanya ulat gonggok.
    Dah ubah bawah shade tapi makin berkurang juga. Ada petua tak?
    Reen masih simpan lagi sedikit benih. kalau dah dapat petua baru nak semai lagi. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. mmg comel, ianya juga mudah tumvuh, soalnya saya sendiri pernah mengubur buah naga yg saya terlupakan nak mkn hingga buah tu membusuk, kerana sayang saya tanamlah dlm pot mangga saya konon sebagai salah satu bahan baja, tak disangka2 biji benihnya bercambah, tpi susah hendak mbesar, dh beberapa bulan cuma tetap kekal 5cm, 3cm, 4cm namun tetap hidup hingga skrng... tpi waktu dia mula2 bercambah dan mengeluarkan bentuk pokok berduri tu, mmg amazing ciptaan Allah..interesting sangat2...

    BalasPadam