Selepas ditanam dan dilindungi dawai mata punai, sawi menang dapat tumbuh tanpa diganggu kucing. Bagaimanapun terdapat beberapa pokok yang rosak dimakan belalang. Tetapi jumlahnya tak banyak kerana sebahagian daripada belalang telah dimusnahkan menggunakan semburan larutan sabun pencuci pinggan mangkuk dan minyak masak. InsyaAllah kalau semuanya berjalan lancar, lagi dua minggu sawi dari patch ini akan dapat dituai.
![]() |
Sawi Menang dan dilindungi dawai mata punai untuk mengelakkan gangguan kucing. |
assalammualaikum tuan,
BalasPadamsihat benar sawi tu.semburan sabun pencuci pinggan campur minyak tu, tak merosakkan daun hijau ke?.saya pernah buat semburan ni utk menghalau ulat warna putih yg berkerumun didaun2 lada padi yg sedang berbuah lebat tapi belum matang, kesannya semua daun habis luruh.
apa masalahnya ya?
Kena ikut exact amount. Setakat ni saya tiada menghadapi masalah yang dinyatakan.
PadamSaya juga mengalami nasib yang sama seperti Puteri Purnama..bila saya sembur semburan tersebut pada pokok lada...semua daun luruh :(..Boleh Encik Iskandar beritahu sukatan yang sepatutnya?
BalasPadam1/2 sudu teh cecair pencuci pinggan, 1/4 sudu teh minyak masak, dan satu liter air. Goncang sampai semua minyak masak dan cecair pencuci pinggan larut.
PadamSaya tidak pernah alami masalah daun mati atau luruh sebelum ini. Mungkin ada faktor lain yang saya tak perasan.
mungkin En.Is boleh kongsikan jenama pencuci pinggan yang En.Is gunakan... sebab saya dapati berlainan jenis sabun pencuci pinggan mempunyai kesan yg berlainan pada tangan... mungkin juga ianya antara penyebab kesan pada tumbuhan...
PadamOk, nanti saya akan berikan jenama tersebut. Dah lupa, tapi cecair pencuci pinggan yang biasa. Minyak masak pula saya gunakan minyak kelapa. Ini kerana minyak kelapa mempunyai bau yang lebih kuat. Tapi minyak sawit pun boleh digunakan.
Padamabg is..saya nak tanya pasal keratan batang roselle..nak kerat dari bahagian mana?bahagian atas ke atau dekat dgn tanah?saya jadi kompius nak kerat nie..
BalasPadamSaya kerat 30 cm dari pangkal supaya pokok bercabang.
Padamok..terima kasih abg IS..
Padammungkin masalah silap dalam sukatan bahan pencuci dan minyak lah.Bilangan air tu betul, 1 L, tapi yg dua benda tu tak sukat dgn tepat.Terimakasih tuan.
BalasPadamNanti Puteri Purnama catatkan juga jenama cecair pencuci dan minyak. Mungkin ada bahan tambah.
Padamcuba pakai sabun pencuci sunglight ok juga...hu hu
BalasPadamBulih jugok.
Padam