Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 29 September 2012

Gambar Hari Ini -- Sawi Menang Dalam Pasu


Sawi Menang boleh juga ditanam dalam pasu.
Ada rakan yang menyatakan dia tak dapat menanam sawi sebab tiada ruang tanah untuk menanam.  Sebenarnya sawi bukan sahaja boleh ditanam atas tanah.  Ia juga boleh diitanam dalam bekas.  Yang penting, tempat tanaman mesti dapat cahaya matahari terutamanya di sebelah pagi.  Yang lain boleh diatur.

11 ulasan:

  1. saya pula, masih ada ruang tanah untuk menanam... jadi tanam atas batas... masalahnya - kena ratah siput pula dah... habis... :)
    mau jadi menanam dalam bekas juga kalau dah macam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna pellet utk siput.

      Ya, kalau tanam dalam bekas boleh kurangkan serangan siput.

      Padam
  2. kalau tanam atas batas, sayur agak kotor terkena tanah, saya rasa tanam dalam pasu lebih bersih kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua dua ada kelebihannya. Kalau atas tanah, tanah lambat kering berbanding dalam pasu. Tapi dalam pasu, lebih mudah urus sebab tak banyak rumpai. Untuk elakkan tanah melekat pada sayur, siram guna sistem drip terus ke tanah tanpa terkena daun.

      Padam
  3. Saya tinggal di Sarawak, saya ingin menanam rosemary, thyme, tomato & cili kampung. Boleh saya membeli benih daripada anda ? Bagaimana cara ?

    BalasPadam
  4. Suka nya tengok sawi ni tumbuh sihat..
    drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam
  5. hi boleh minta tolong?sesiapa tahu macam mana tanam sawi menang? saye pakai cara yg sama untuk tanam kailan dan sawi dwarf, semua dah cambah cuma sawi menang dan pak choi tak cambah pulak. saye fikir ape yg menyebabkan ia tak cambah. boleh kongsi pengalaman?

    BalasPadam
  6. tak lama saye beli tapi saye tak pasti benih tu sudah berapa lama. kacang panjang dari kedai yang sama juga tak cambah. cara semai yang sama, sawi dwarf dah cambah tapi bukan beli dari kedai tu. kacang panjang tanaman yg susah tanam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang panjang tak susah, cuma pastikan kawasan tiada serangga perosak. Bari-bari dan lalat sayur sering menyerang benih kacang panjang yang disemai. Binih yang diserang akan benjadi lembik dan busuk. Begitu juga belalang tanah dan siput babi. Ia memakan embrio sehingga kita menyangka benih tidak bernas.

      Padam