Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 5 September 2012

Gambar Hari Ini -- Kapsikum Merah


Buah Kapsikum yang sedang ranum.
Buah kapsikum yang ditanam sendiri kecil berbanding kapsikum komersial.  Ini kerana kapsikum komersial disuap dengan nutrien secara berkala menggunakan kaedah fertigasi.  Buahnya rangup dan manis.  Kalau kapsikum tanamsendiri, buahnya lebih kecil dan rasanya lebih kuat.  Kalau tanam secara organik, rasa manis amat ketara.  Apa-apapun saya puas, kerana kapsikum tanamsendiri bebas racun. boleh nikmati keenakannya tanpa waswas.
Dari bacaan saya, bahan aktif dalam kapsikum boleh menyebabkan badan bebaskan endorfin, iaitu bahan kimia badan yang menyebabkan kita rasa gembira.  Apa ditunggu lagi, jom kita buatkan diri rasa gembira. Dah makan cili hari ni?

Pokok kapmsikum yang kami tanam kecil sahaja tapi tidak pernah gagal mengurniakan buah untuk kami nikmati.


Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Kapsikum Merah
Kapsikum Kuning
 

14 ulasan:

  1. Assalamu`alaikum, terima kasih di atas blog ini. Kebetulan saya mencari maklumat untuk tanam pokok dan tidak pernah pun belajar cara nak menanam :p. Banyak ilmu dapat dari blog ini. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulullah blog dapat dimanfaatkan. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog kami.

      Padam
  2. Tuan, pokok cili lynn berbunga lebat, tapi lepas tu gugur..lansung tak berbuah. Tomoto pun ada dalam 5 biji jer..tapi galak berbunga..Dah jenuh letak baja buah..macam mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kurang air, bunga tak disenyawa (debunga), atau pokok gagal serap air atau nutrien. Sila rujuk artikel tentang nutrien.

      Padam
  3. Benih yg dipesan aritu dah pun smpai td en is..trima ksih en is..he.gembranya ati..

    BalasPadam
  4. Wah! Lebat lada bengala tuan yea. Mesti sedap buat masakan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terlebih stok. Saya jeruk satu balang besar. Cili ni tak pedas, jadi anak-anak suka makan.

      Padam
  5. assalamualaikum w.w.
    Selamat hari raya aidilfitri dan maaf dipinta jika terdapat kata2 yang kurang sopan sepanjang saya 'berblogging'.
    Dah lama saya tak buka blog sebenarnya, dan saya juga lupa nak bagitau saya dah terima benih dari En.Is dua hari sebelum raya. saya pun tak tau berapa bayaran saya perlu buat, minta En.Is maklumkan semula ya. terima kasih.

    BalasPadam
  6. comelnya... kecik2 dah berbuah.... rasanya yang dekat rumah ni sama ada cili kapsikum atau cili cherry.... masa menanam tak buat tagging...hehehe tunggu mereka berbuah....tapi ada yang dah berbungga walaupun tinggi tak sampai 3 inci...huhuhuh

    BalasPadam
  7. Oh. Patutla cili benggala saya pon kemetot jerk x secantik beli kat pasar. Ingatkan sbb x cukup nutrien, tapi mmg x pernah letak baja kimia ( da alang2 tanam sendiri,biarlah hasilnya lebih organik) nak makan pun x risau. Mmg lebih sedap yg tanam sendiri :) -Suhaila

    BalasPadam