![]() |
Kailan dalam bekas gabus. |
Kailan adalah antara benih yang mudah tumbuh. Benih yang diedarkan melalui tanamsendiri lazimnya bercambah dalam masa 3 hari. Anda hanya perlukan bekas yang berisi tanah kompos. Jika gunakan tanah kompos, anda tidak lagi perlu membaja. Misalnya kailan dalam gambar di atas tidak dibaja. Saya hanya gunakan tanah kompos ketika menyemai. Bila dialih, saya campurkan 1 bahagian tanah campur dengan 1 bahagian kondisyener tanah. Yang penting air mesti cukup.
Bayangkan, dengan hanya RM2, serta sedikit aktiviti berkebun dan aktiviti menyiram setiap pagi, anda boleh dapat 50 hingga 80 sayur seperti dalam gambar di atas. Jimat belanja, badan sihat kerana ada aktiviti riadah setiap hari, serta jimat belanja dapur.
Kailan kaya dengan Vitamin C, Zat besi, antioksidan dan bermacam lagi. Makan sayur segar tanpa racun, kulit jadi cantik, proses penuaan lambat, badan sihat, hati gembira.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Owh... agak mudah juga ye rupanya nak menanam pokok kailan nie... boleh cuba la lepas nie... cuba dgn kaedah self-watering :D
BalasPadammasalah saya ....belalang suke makan ank pokok sayur saya...tension la saya menanam sayur...habis belalang makn....dah sembur ngn air sabun dengn minyak tp tetap juga dimamah belalang...
BalasPadamSemburan larutan minyak dan sabun adalah untuk makhluk prosak bersaiz kecil sahaja, misalnya mealy bug, bena, kekabuh kutu, serta larva makhluk tersebut. Belalang bersaiz besar. Boleh gunakan kaedah lain. :)
Padamsaya pun ada masalah belalang... lepas habis pokok kena ratah... saya semai lagi... yg saya perasan... belalang datang bermusim... adakala dia banyak... bila dah puas makan... nanti dia hilang la (pegi mengawan kot)...
PadamBiasanya lepas musim hujan belalang membiak.
Padamsaya tak pasti kenapa... kadangkala saya mudah pasrah 'itu bukan rezeki saya'... jadi saya semai shj yang baru... mungkin sbb saya dah dapat lebih dari sepatutnya... mana tahu?
Padamkailan ni my fav. suka tanam kailan
BalasPadam