![]() |
Cambahan Buah Naga |
Ramai yang beranggapan pokok kaktus bukan pokok berbunga. Sebenarnya pokok kaktus adalah pokok berbunga. Lazimnya bunga kaktus kembang malam. Ini kerana kaktus lazimnya tumbuh di gurun yang gersang. Kalau bunga kaktus mekar siang, pasti akan kehilangan banyak air.
Bunga kaktus akan bertukar menjadi buah. Buah Naga atau pitaya adalah buah kaktus. Rasanya enak dan manis. Pokok kaktus juga boleh dijadikan pokok hiasan. Gambar menunjukkan beberapa cambahan pokok buah naga. Yang menakjubkan, benih pokok buah naga bercambah dalam masa 1 hari selepas disemai.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Benih Pokok Buah Naga
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Benih Pokok Buah Naga
Salam en is, berapa lama kita tanam pokok naga nie sblm berbuah? sesuai untuk cuaca panas kan?
BalasPadamthanks..berminat nie..
Saya tak pasti kerana baru aja tanam. Dari bacaan saya, ada yg kata 2 tahun, ada yang kata 4 tahun.
PadamKetika kecil pokok amat cantik, sesuai dijadikan hiasan. Bila berbunga, kembang malam dan wangi.
Pokok jenis kaktus memang sesuai sangat cuaca panas.
wow! rupanya macam tu,tak sangka rupanya itu cambahan buah naga, selama ini saya memang ingatkan buah naga cuma boleh ditanam dengan keratan tak sangka ada rezeki tengok ianyahbercambah...siap ada helaian daun! terima kasih en iskandar ,nanti boleh tunjuk perkembangannya dan moga moga cambahan yg ini tak dikacau kucing hu hu....
BalasPadamDaun sebenar dah tumbuh, rupa seperti tombol pintu kecil dan berduri. Cantik!
Padamtanam la pokok catmint.
BalasPadamnanti kucing tu melepak kat
catmint je tak p mana2 he he...
salam en.iskandar blh saya tanya benih chinese celery,kacang buncis,betik kampung,timun mini,bendi tempatan benih op,kangkung,jagung manis honey jean 2,cili merah pedas op,cili kampung,bayam hijau daun tajam baka f1088 ada lg tak?
BalasPadamAda.
Padamblh saya tau alamat detail emel yahoo en.iskandar?
BalasPadamTiada. Alamat gmail, [email protected]
Padam