Ada rakan yang hubungi saya menyatakan artikel tentang nutrien terlalu panjang. Katanya, dia baca artikel tersebut sehingga nak muntah.
Ouch, kalau macam tu, terbukti artikel yang saya tulis terlalu membosankan. Mungkin kerana rakan tersebut baca kesemua artikel sekaligus. Saya tulis pecah kepada beberapa posting supaya baca sikit-sikit dan tidak rasa mual ketika membaca. :P Dia minta saya jelaskan semuanya dalam dua (2) perenggan sahaja.
Alamak, macamana ya? Oklah, saya cuba jelaskan dalam dua perenggan. ;P Ok, kita mulakan.
Tiga keperluan nutrien yang utama untuk tumbuhan ialah nitrogen (N), fosforus (P), dan kaliam (K). Sebab itu baja serbaguna yang dijual dilabelkan baja NPK. Nitrogen diperlukan untuk kesuburan daun, fosforus untuk pertumbuhan sistem akar dan kalium untuk penghasilan bunga dan buah. Tumbuhan juga menyerap sedikit unsur yang lain iaitu magnesium (Mg) dan mangan (Mn). Jumlah atau nisbah nutrien dalam baja kimia dan baja foliar lazimnya dipamerkan pada label dalam bentuk nisbah.
Baja apa nak digunakan? Jika anda ingin membaja tanaman yang sedang membesar dan tanaman sayur daun, gunakan baja yang kaya dengan nitrogen. Jika tanam sayur buah atau tanaman buah-buahan, gunakan baja yang kaya dengan kalium. Tanaman sayur perlukan nutrien yang banyak. Anda perlu membaja selalu jika gunakan baja kimia atau baja foliar. Oleh kerana baja organik membebaskan nutrien secara perlahan, jika anda perkaya tanah dengan baja organik, anda tidak perlu kerap membaja.
Ok, cukup dua perenggan. :)
| Apabila tanaman mula berbuah, bekalkan lebih kalium. |
Pautan Benih Untuk Dijual
Nutrien Tumbuhan
info yang pendek tapi padat..memang xmembosankan..:)
BalasPadamYa, untuk maklumat yang lebih mendalam klik label nutrien. :)
Padambaca info pun sampai nak termuntah, itu belum mula menanam lagi entahlah hu hu.....
BalasPadamMungkin menanam tak kot sebab menanam sesuatu yang diminati. :)
PadamTerima kasih kerana terus sudi melayan kerenah pembaca...
BalasPadamMungkin tulisan saya waktu itu terlalu heavy. Kena ubah suai gaya menyampaian.
Padambetul tu tuan is... kadang2 bila tengok huruf banyak2 pun jadi fobia nak baca... biar ringkas... oh ye, nak tanya kalau air perut ikan dan air beras tu bekalkan nutrien mana..
BalasPadamIkan kaya dengan protein. Bila diuraikan ia membekalkan nitrogen. Ia juga kaya dengan fosforus dan kalium serta beberapa elemen mikro nutrien.
PadamTentang air beras, saya tak pasti. Saya kurang gemar guna air beras kerana ia boleh menjadi medium kepada kulat.
Tentang teks panjang, kadang-kadang memang perlu. Kalau tidak maklumat tak dapat disampaikan dengan sempurna. Tapi biasanya saya pecahkan kepada artikel pendek. Tapi reader macam-macam. Ada yang gabungkan semua sekali dan baca sekaligus. :P
PadamAgaknya daun2 cili yg kekuningan tu disebabkan kekurangan nitrogen la kot. Boleh diubati dgn siraman air perut ikan kot..
BalasPadamBetul. Untuk artikel yang panjang, boleh baca artikel ni.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/search/label/nutrien
Tuan, sy de maslah pada pokok tomato saya..tomato sy tanam dalam pasu..smlm sy perhatikan de byk semut keluar masuk dlm tanah tu..dan pokok tomato sy diserang kutu putih tu..apa patut sy lakukan?
BalasPadamUntuk bunuh kutu putih, boleh gunakan larutan sabun dan minyak masak. Rujuk posting ini.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html
tq...
BalasPadam