Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 1 September 2012

Bunga Senduduk

Pokok Senduduk ini tidak jemu jemu menganugerah kami dengan bunganya yang cantik.  Namun begitu kami tidak pernah berpeluang mengumpul benihnya kerana pokok ini tidak pernah sempat bebuah ranum.  Biasanya putik buah ini luruh sebelum ranum.

Senduduk

Daun senduduk digunakan di dalam perubatan tradisional.  Daunnya dilumatkan dan ditempek pada kulit yang melecur terkena api atau air panas.  Buah yang masak pula dilumatkan  dan ditampal pada luka kecil.  Ada pula yang memakan kelopak bunganya sebagai penyeri wajah.  Macam-macam.  Sebenarnya saya ada juga mengutip kelopaknya untuk dibuat salad.  Bukan untuk penyeri wajah. Kelopak senduduk ada rasa manis sedikit.:)

Maklumat tentang khasiat senduduk saya perolehi dari buku terbitan MARDI iaitu Tumbuhan Ubatan Popular di Malaysia yang ditulis oleh Musa Yaacob,  Azimah Abd. Kadir dan Zaharah Hasan.

20 ulasan:

  1. Salam en Is. Rakan saya ada laman di belakang rumahnya. Ia berbukit-bukit. Ia ingin menjadikannya sebagai taman herba. En. Is ada cadangan tak tanaman herba apa yang sesuai? Kombinasi hiasan dan juga herba?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rosemar dan French tarragon amat sesuai. Sage cantik dijadikan sempadan (hedge). Tempat lembap tanam kesom.
      Saya perhatikan, rosemary cantik bila berbunga. Bunga tarragon juga cantik.

      Padam
  2. Senduduk ni kalau di ladang Sawit, memang mereka tidak suka. Bagi mereka rumpai. Ubatnya racun rumpai. =P

    Jarang juga yea saya lihat senduduk warna putih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. D Terengganu tumbuh melata. Di Lembah Kelang RM45 sepokok di nurseri.

      Padam
  3. senduduk ni, boleh hidup ke guna keratan batang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti. Dari bacaan saya, ia lazimnya dibiak dari benih.

      Padam
  4. assalamualaikum,

    saya nak tanya. kat mana boleh beli pokok senduduk ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurseri biasanya ada. Tapi senduduk harganya tinggi sedikit kalau di Lembah Kelang. Ada yg jual hingga RM45 sepokok. Di Terengganu tumbuh melata.

      Padam
    2. saya dah jumpa di nurseri sekitar hospital sungai buloh... nama tempat tu jalan jaya... di situ senduduk bunga merah atau putih dijual dalam lingkungan harga rm6-10 sahaja... kena rajin survey tempat la...

      Padam
  5. dikawasan saya tumbuh melata.... bolehlah sesiapa nak ambil...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy nk Senduduk Putih SHJ. Byk ke? D mane tu?

      Padam
  6. Iskandar..

    Terima kasih bagi maklumkan. Boleh bagi alamat tempat lembah kelang. kerana bos saya mahu beli pokok senduduk. dekat sini ada jual area KL?
    Bos saya dari japan.. so dia tahu kat mana leh beli. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurseri area Kajang ada jual. Kalau dekat Semenyih boleh datang ke rumah saya. Saya simpankan beberapa pokok.

      Padam
    2. dekat Semenyih hampir jalan cheras ke?
      ok. Berapa harga pokok tu ?

      Padam
    3. Kat KL ada x. Kat mana kebun in KL atau Selangor?

      Padam
    4. kalau rajin ke nurseri sekitar Sungai Buloh pun banyak... lebih-lebih lagi kalau nurseri tersebut menjual pokok-pokok herb... saya bernasib baik sebab benih senduduk di semai burung di laman saya... skrg anak senduduk tersebut sedang bersaing untuk membesar... :)

      Padam
  7. zicron21ck

    Terima kasih. tempat mana tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. area rumah saya dekat seksyen 28, shah alam dan putra heights... kg bukit lanchong lebih tepat.... pokok senduduk dekat sini semua dah besar2 mungkin kalau cari boleh jumpa yang kecil... tidak pun ambil buahnya buat benih....

      Padam
  8. Saya mempunyai sepohon senduduk putih di kebun saya. Betul ke di KL jual sampai RM45 untuk satu? Saya membeli senduduk saya di Ipoh cuma RM6 saja! Misai kucing saya pun sudah jadi.
    http://klgirlnowinipoh.blogspot.com/2012/09/my-garden-in-ipoh.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin yang RM6 saiz kecil. Yg saya nyatakan saiz matang.

      Padam