Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 21 September 2012

Buat Sendiri -- Perangkap Lalat Buah

Jika rakan menanam cili, jambu air atau belimbing, masalah utama yang dihadapi adalah serangan lalat buah.  Sebenarnya ada banyak jenis lalat buah.  lalat buah yang menyerang buah yang saya nyatakan tersebut lazimnya adalah daripada jenis Bactrocera.  

Saya selalu tegaskan kalau guna perangkap lalat buah, letak perangkap di luar kawasan untuk memastikan tidak mengundang lalat buah dari luar bertandang ke halaman rumah dan merosakkan tanaman buah.

Saya ada sediakan kertas yang mengandungi cecair feromon yang dibuat daripada minyak bunga cengkih.  Cecair ini seperti perfume wanita, kalau manusia.  Baunya akan menarik perhatian lalat jantan.  Oleh kerana bau feromon yang saya buat tak kuat, ia akan menarik lalat buah berdekatan sahaja.  

Walaupun hanya lalat jantan sahaja akan terperangkap, lalat buah tidak lagi dapat membiak kerana lalat buah perlukan pasangan untuk bertelur.  Tanpa lalat buah jantan, lalat buah betina tidak dapat membiak.

Lalat buah yang terperangkap dalam perangkap yang dibina akan mati lemas di dalam air perangkap.  tiada racun yang digunakan.

Cara membuat perangkap ditunjukkan sebagaimana berikut:

Alatan dan bahan
botol air minuman plastik, 300 ml dengan penutup
pisau pemotong atau gunting dapur untuk memotong botol mineral
kertas umpan (masih dalam plastik) yang diperolehi dari blog tanamsendiri.com, 5 keping RM10
tali rafia (30 cm)
segelas air paip




Rajah 1: Alat dan bahan


Cara Membuat
1. Buka tutup botol
2. Dengan menggunakan pisau pemotong tebuk tingkap dengan bentuk sebagaimana Rajah 2. Saiz tetingkap, 2.5 cm X 5 cm.
Rajah 2: Membina botol perangkap lalat buah.


3. Keluarkan kertas umpan daripada plastik dan masukkan ke dalam botol perangkap lalat buah.  Bau kertas umpan akan mengkhayalkan lalat buah jantan. Ia akan masuk ke dalam botol perangkap.
4. Tuangkan 1/2 gelas air ke dalam botol perangkap.  Air tersebut akan melemaskan lalat buah yang masuk ke dalam botol.

Rajah 3: Masukkan kertas umpan dan air ke dalam botol perangkap.


5. Tutup botol dengan penutup botol dan ikat botol dengan tali rafia.  Tali rafia memudahkan anda menyangkut botol pada pokok, pancang atau pagar di dalam halaman rumah. Gantung botol di halaman rumah, tetapi jangan terlalu dekat dengan tanaman buah yang ingin dilindungi. Buka lidah tingkap botol supaya lalat buah yang singgah dapat masuk ke dalam botol.


Rajah 4.  Botol perangkap lalat buah yang siap dibina.

6. Gantung botol selama 2 minggu.

16 ulasan:

  1. Salam en.is, kalau tak keberatan nak mintak en.is komen untuk entry saya disini

    http://kebunms.blogspot.com/2012/09/dugaan-berkebun.html

    :)

    BalasPadam
  2. terima kasih atas informasi ini.saya akan cuba..

    BalasPadam
  3. Bagus tuan.. Cara yang mudah dan selamat..

    BalasPadam
  4. saya pun dapat satu info perangkap buah... tapi bukan guna cecair feromon... gunakan methyl eugenol yg di celup dalam kapas... yg ni lalat mati terus dalam botol tu... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, cecair methyl eugenol adalah diproses dari minyak cengkih. Ia menarik lalat jantan.
      Ada yang gunakan protein untuk memerangkap lalat buah jantan dan betina.

      Kertas ni gunakan extract minyak cengkih. Ia menarik perhatian lalat buah jantan sahaja. tapi tanpa yang jantan, lalat buah betina tak dapat bertelur.

      Padam
  5. Balasan
    1. Boleh dapatkan dari blog ini. 5 keping RM10 untuk buat 5 perangkap.

      Padam
  6. Tuan, hari ni Lynn order & buat bayaran, bersama biji benih yg lain.

    BalasPadam
  7. salam En Is ... nak tanya jika ada stock kertas umpan tu? daun timun teruk diserang lalat buah la

    BalasPadam
  8. Salam En Is .. nak tanya kalau ada lagi kertas umpan tuh .. tanaman timun abis teruk diserang lalat buah ni ...

    BalasPadam
  9. Salam En Is ... nak tanya kalau ada kertas umpan tu lagi ... tanama timun sy teruk diserang lalat buah ni ...

    BalasPadam
  10. Saya nk beli kertas umpan tu mcm mana?

    BalasPadam