Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 24 September 2012

Buah Tomatillo, Teringat Zaman Kanak-Kanak

Buah Letup Kelambu tumbuh merata di kawasan semak di kampung saya dibesarkan (Kampung Tuan, Chukai, Kemaman).  Saya suka kutip buahnya yang rasa lemak-lemak manis.  Biasanya ketika pulang dari sekolah (Sekolah Rendah Sultan Ismail) saya sengaja menyusul kampung merentas Kampung Bakau Tinggi, Injin Gergaji dan Kampung Tuan.  Semak Letup Kelambu, Kemunting, Jambu Padang, dan berbagai jenis beri lagi saya redah.  
Tak sangka rupa-rupanya pokok ini (Letup Kelambu atau Tomatillos) ada di serata dunia. Cuma kultivar komersial lebih besar (sebesar guli) dan manis.  Benih jenis tersebut boleh didapati dari blog ini.
Jenis yang saya tanam adalah jenis liar.  Bukan apa, teringat zaman kanak-kanak setiap kali kutip buah yang ranum.  Cuma sekarang tak lagi berebut dengan adik seperti ketika pulang dari sekolah.   

Buah Tomatillo baka liar, sama seperti baka yang saya kutip ketika kanak-kanak dulu.

Buah Tomatillo liar kecil, sebesar mutiara.   Rasanya enak.

Cara Memesan Benih
Tomatillo

12 ulasan:

  1. Assalammualaikum..
    Saya panggil buah letup-letup...payah nak jumpa skrg tp ada sepohon baru tumbuh kt rumah jadi saya biarkan dia tumbuh dan berbuah untuk ditunjukkan pada anak-anak yang tak pernah tengok.

    BalasPadam
  2. Salam en is..nk tny pasal pokok terung.dulu sy tanam pokok terung letak npk blue mmg menjadi buahnya tp bila pokok diserang penyakit dan kembali pulih sy mula pakai baja organik.pokok berdaun lebat dan berbunga tapi buah tak lekat...adakah disebabkan baja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin bunga tak didebunga kerana serangga pendebunga tiada. Mungkin juga kekurangan miktonutrien iaitu Boron.

      Padam
  3. saya suka buah ni, ada 2 pokok dan rajin berbuah..cuma musim hujan ni buahnya tak semanis musim panas hari tu.kenapa agak nya ya tuan.

    BalasPadam
  4. Saya pun panggil pokok letup2,selama ni saya ingat pokok ni beracun. Tak tau plak nama dia macam tomato dan boleh makan.

    BalasPadam
  5. Boleh tunjukkan gambar daunnya?? kat rumah saya ada pokok yang buahnya seperti ini, tapi tak pasti sp yg sama atau tidak

    BalasPadam
  6. Tak sangka boleh mkn..ms kecil2 saya suka main dkt semak samun dan trjumpa buah ni yg kami panggil letup2..kami pijak2 aje..kalau tau dah lama sy makan..

    BalasPadam
  7. Tak sangka boleh mkn..ms kecil2 saya suka main dkt semak samun dan trjumpa buah ni yg kami panggil letup2..kami pijak2 aje..kalau tau dah lama sy makan..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...Tuan...
    Saya nak order pokok TOMATILLO ni...URGENT...
    Boleh terangkan bagaimana nak tanam pokok ini dan tempoh matangnya...?

    Terima kasih

    Kalao boleh email kan pada saya
    [email protected]

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Buat masa ni kami tiada stok benih pokok tersebut.

      Padam
  9. Assalammualaikum. Boleh sy nk beli buah ni. Buah letup kelambu. www.wasap.my/60133727295 boleh wasap sy no ni.. Email [email protected]

    BalasPadam