Sebelum ini, pada tanggapan saya, labu manis adalah labu manis. Rasanya lemak manis, enak dimasak lemak, dibuat jejemput, lempeng atau dibuat kaya. Harga yang dijual di pasaraya juga tidak tinggi. Kemudian saya terjumpa labu manis butternut, isinya padat dan biji kurang. Kerana ingin tahu rasanya, saya beli separuh. Labu Manis butternut saiz sederhana dipotong dua, selepas ditimbang, harganya RM35. Mahalnya, kerana ingin tahu rasanya, saya beli juga.
Minggu lepas saya ke Pasaraya, kelihatan beberapa jenis labu. Satu darinya berwarna hijau. Dulu saya pernah tanam labu manis biasa dan beberapa biji kleuar sama seperti labu tersebut. Oleh kerana ingin tahu sama ada labu tersebut mempunyai rasa yang sama, saya ambil sebiji dan masukkan dalam troli. Ketika timbang, ding! RM35.
"Alamak, kenapa mahal sangat?"
"Ini labu jepun, tak mahal lah bang." Jawab kakitangan yang menimbang labu tersebut.
"Labu ni impot ker?" Tanya saya lagi.
"Taklah, benihnya impot, labu tanam kat sini." jelasnya lagi.
Pulang ke rumah, Mem dah ajukan pelbagai soalan. Mengapa beli labu yang memang masih banyak dalam simpanan dengan harga macam peluru? Kemudian diingatkan, benih yang dibeli dengan harga sangat tinggi yang tersimpan dalam peti sejuk.
Oh ya, saya pernah beli benih labu manis yang mempunyai kulit seperti labu hijau tetapi bentuk seperti labu butternut. Labu ini dinamakan Fajar. Saya simpan benih tersebut seperti "harta karun" kerana benih tersebut sukar diperolehi dan harganya, ding! Macam peluru juga.
Hari ini saya akan keluarkan semua benih labu manis dan akan tawarkan pada rakan-rakan. Benih labu ini sukar diperolehi dimana-mana, jadi jangan lupa pesan walaupun sepeket. Rugi tak beli kerana separuh buah saiz sederhana harganya mencecah RM35. Rasanya pasti enak, kata pembekal benih. Saya sendiri pun belum semai baka ini.
Teringat saya ketika ke sebuah pasaraya yang lain. Saya terlihat labu hijau dengan kulit seperti seramik. Cantik! Buah labu tersebut dengan saiz sederhana dijual dengan harga RM110! Selepas timbang, slow aja saya letak semula buah tu di tempat asal. Dapat gosok buah tu aja, nak beli tak terbeli. Saya juga ada simpan benih labu dari baka yang seakan-akan dengan baka labu tersebut. Nanti bila ada ruang boleh semai.
Ada tak benihnya di tanamsendiri.com? Saya keluarkan benih Labu Fajar dulu. Kemudian kita bincang tentang benih labu tersebut. :)
Mahalnya buah labu yg en is beli tu.. Saya penah beli setengah biji harganya tak sampai rm10 .. Tu labu apa pulak..? Walaupun begitu, keluarga saya kurang gemar makan labu.. So, Tak perlu lah saya tanam buah yg keluarga tak makan Yek..
BalasPadamYa, betul tu. Rule no satu, tanam sayur yang keluarga makan sahaja. kalau tidak, pasti tiada yang bantu bila berkebun. :)
Padamsalam tuan,
BalasPadamsaya nak labu fajar dan jenis2 labu yg mahal2 tu.Nanti saya bankinkan kosnya.