Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 8 November 2012

Benih Untuk Dijual -- Basil Horapha Liquorice (Selasih Liar)

Pokok selasih liar, menghasilkan bau seperti likoris, makanan snek yang popular di Amerika dan Eropah.

Selasih liar adalah dari jenis basil yang kuat baunya.  Aroma yang dikeluarkan berbau wangi selasih bercampur kemangi (seperti bau likoris) dan berminyak yang mampu menghalau serangga perosak.  Ia juga digemari beberapa jenis bena (aphid) menyebabkan bena tersebut berpindah daripada tanaman lain ke pokok ini.  Oleh sebab itu selasih liar amat sesuai dijadikan pokok pelindung tanaman lain dalam Sistem Buddy. Jika tanam sayur, elok tanam pokok ini.  Apabila pokok matang daunnya mempunyai rasa gabungan antara selasih dan kemangi.  Enak dicicah sambal.

Setiap pek mengandungi 50 biji benih.  5 pek kecil dijual dengan harga RM10.




Cara Memesan Benih

8 ulasan:

  1. reserve utk saya satu pek ya. tq

    BalasPadam
  2. Saya simpankan untuk shiro82 satu pek.

    BalasPadam
  3. Biji selasih ni buh dlm air sirap pn best.. Blh sejukkan bdn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Tapi jangan guna benih yg disasarkan untuk dicambah sebab benih tersebut dicelup antikulat.

      Padam
  4. Salam,

    Benih ni senang tak nak cambah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih yang diuji bercambah dalam masa 3 hari.

      Padam
  5. Salam En Is, boleh saya tanya selain Selasih liar apa lagi herba yang tuan jual. Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lihat senarai panel kanan. Benih herba tak banyak.

      Padam