Sawi Menang adalah sawi batang putih yang popular di kalangan Orang Melayu. Saya pernah kongsi benih ini beberapa bulan yang lalu. Sawi ini cepat pertumbuhannya. Dalam masa seminggu selepas disemai, sawi bercambah dalam masa dua hari dan saiznya mencecah 4 inci dan sedia untuk dialih atau dijarangkan. Jika keadaan sesuai, Sawi Menang boleh dituai selepas 4 minggu disemai.
![]() |
Cambahan Sawi Menang yang berumur satu minggu yang disemai bersama pokok kacang tanah. |
![]() |
Sawi menang yang ditanam dalam pasu. |
Sawi Menang boleh juga ditanam dalam pasu.
Setiap pek mengandungi 50 benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.
hehehe... seingat saya... saya buat semaian sawi menang ini 2 kali je... batch pertama... sepokok saya biarkan sampai berbunga... sambil itu saya semai batch ke-2... dan sekarang batch yg ada datang dari benih pokok pertama... tersemai sendiri dari pokok asal...
BalasPadamhehehe... malas sungguh saya ini kan?
Ini dipanggil self-seedling. Saya pernah cuba dengan salad dan bayam. Ya boleh cuba dengan sawi menang juga. Untuk paksa ia berbunga, tanam ditempat panas dan kurangkan air.
Padambr sy paham...sawi sy sangat pendek..mcm anak sawi even dah berumur sebulan lebih...tapi dah berbunga...maybe terlebih panas..kurang air even dah siram pagi dan petang..
BalasPadamMungkin sawi yang nadia tanam dari jenis sawi pendek. Saiznya memang tak besar. Kalau benih dibeli dari tanamsendiri, hanya sawi sawi bakso, sawi menang dan sawi JB-888 bersaiz besar. Sawi lain adalah dari jenis kecil. Sawi besar dijual di pasar dengan harga lebih murah berbanding sawi kecil.
Padamkalau tanam rapat sangat pun sawi menang akan jadi kecik... susah nak membesar sebab bersaing dapatkan nutrien... :)
Padamsy tanam sawi pak choy ke bak choi..tapi choi lah seingat nya beli kt pasar raya batch pertama..yg sy beli dgn tanamsendiri 2nd batch..sawi pak choy dwarf...kedua2 membesar serentak...pendek jela..pagi ni sy harvest dah separuh..untuk msk lunch nanti..:D
BalasPadamWalaupuun tak berkenaan dengan topic ini, tapi saya nak tanya en. macam mana nak semai benih salad butterhead and salad merah?
BalasPadamSaya dah cuba tanah dan juga kertas tisu basah tapi tak menjadi. Perlu saya redam dlm air? Dah cuba dengan banyak benih tapi tak menjadi.
Ada apa-apa petunjuk dari en?
Kaedah tabur atas kertas tisu lembap kurang sesuai. Walaupun bercambah, akar rerambut akan rosak bila alih benih ke atas tanah. Elok semai terus dalam bekas semaian atau atas tanah. Sembur (spray) air untuk lembapkan tanah dan tabur tanah untuk tutup benih. Pastikan tanah sentiasa lembap.
PadamAs salam tuan Iskandar. Saya Adil (&Hj Shahrom) yg beli benih moringga. Sudah diterima. Terima kasih.
BalasPadamTerima kasih juga sebab dalam bungkusan ada benih Sawi Menang.
Soalan saya, macamane nak semai benih ni? Tanam satu satu benih ke atau tabur semua?
Boleh ke saya tanam dalam kotak putih gabus (styrofoam)
terima kasih
Cara semaian sawi menang sama dengan sawi lain.
Padamhttp://www.tanamsendiri.com/2011/12/tanam-sendiri-sawi-hijau-brassica.html