Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 17 September 2012

Benih Untuk Dijual -- Kacang Tanah

Kacang tanah menukarkan gula kepada kanji apabila disimpan.  Untuk dapatkan rasa kacang tanah yang paling enak, anda perlu tuai dan rebus ketika kacang masih segar. Ini hanya dapat diperoleh jika anda tanam sendiri atau beli terus dari kebun.

Jika anda ingin menarik minat anak-anak untuk berkebun, kacang tanah adalah pilihan yang bijak. Ia mudah ditanam dan menghasilkan bunga yang berwarna oren yang cantik. Pod kacang membentuk di dalam tanah.


Benih Kacang Tanah jenis ini lebih besar dari syiling 10 sen.


Setiap pek mengandungi 10 biji benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.

Cara Memesan Benih

43 ulasan:

  1. benih kacang tanah pun encik jual? encik encik.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk tempat Pencari Kedamaian, benih kacang tanah merata rata. Ada tempat, benih kacang tanah sukar diperolehi.
      Saya pernah keluar dengan sahabat yg berasal dari tempat Pencari Kedamaian. Kami singgah di warung untuk makan nasi. Saya ambil sotong. Dia tarik muka. Katanya, "Aku tak faham kenapa orang perlu bayar untuk makan sotong. Nun di laut sotong free aja."
      Hari itu saya kenyang makan sotong hingga puas. Dia masam aja sebab tak ambil lauk kegemarannya sebab nun di laut sotong free. Di warung kena bayar.
      Saya kenyang sebab walaupun tak tahu cara nak candat sotong, nak ke laut bot tak ada, saya makan di warong itu. Sahabat saya pun kenyang, tapi dia tak damai di hati sebab tahu sotong free tapi tak dapat makan sotong hari itu sebab kami bukannya nelayan candat sotong.
      Untuk saudara, kacang tanah tiada harga, tapi di inbox saya ramai yang meminta. Mereka tak memiliki ladang kacang tanah untuk dapatkan baka.
      Niat saya buka blog ini untuk berkongsi pengalaman dan menjadi pelantar untuk rakan-rakan dapatkan benih. Biarlah mereka dapatkannya di sini. Lagipun pengalaman saya ketika menanam kacang tanah dengan bapa amat berharga hingga kini. Biarlah rakan-rakan berkongsi pengalaman dengan anak-anak mereka pula. Mereka boleh dapat kedamaian bila gardening dan merapatkan diri dengan Yang Esa. Apa salahnya.

      Padam
    2. Terbaik tuan.. Moga usaha murni ini diberkati Allah.. InsyaAllah :)..

      Padam
  2. en is.....benih nyer masih dalam pod yer? kalu iye...simpan kan saya satu pek.....cukup 5 benih yg lain...t saya bank in duit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak. Ini benih F1. Saiznya 2 hingga 3 kali saiz kacang tanah biasa. Pokok yg saya tunjukkan sebelum ini adalah daripada benih batch ini.

      Padam
  3. Encik Iskandar simpankan saya 3 pek yer...nanti saya bank in duitnya..benih pokok ulam raja ada x Encik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok terima kasih. Benih ulam raja tiada stok. Saya dah pesan daripada pembekal.

      Padam
  4. Wah..mesti seronok kan ada pengalaman berharga menanam kcg tanah dgn bapa abg Is..oh ya..ada cara menanam x?dah lupa kat section mana abg nyatakan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya akan letakkan nanti. Dulu rasanya dah ada tapi secara ringkas aja.

      Padam
  5. En.Is... simpankan saya 2 pek... nanti saya list dgn order yang lain... TQ

    BalasPadam
  6. en iskandar..kacang tanah boleh ditanam dalam kotak polistrin tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tapi tanah sekurang-kurangnya 6 inci (15 cm) dalamnya.

      Padam
    2. ok kalau macam tu,tolong simpankan satu pek benih ni, boleh yer en iskandar....hu hu terima kasih yer

      Padam
    3. en iskandar ada benih sweet basil & sweet pea tak?

      Padam
    4. Sweet Basil hanya tinggal 2 pek. Sweet pea ada lagi 10 pek. Saya simpankan untuk Hidayah Salim.

      Saya baru boltkan sweet basil untuk dituai benih. Mungkin akan ada stok baru dalam 2 bulan lagi.

      Rakan-rakan yang tinggal berdekatan boleh singgah ambil anak. Saya ada semai anak sweet basil dalam 50 pokok dan dah sedia untuk dialih.

      Padam
    5. alhamdulillah...terimakasihlah en iskandar, teringin benor nak rasa sweet pea yang manis tuu .... hu hu

      Padam
  7. Balasan
    1. Saya simpankan untuk shafirul suffian 2 pek. Sama-sama.

      Padam
  8. saya nak anak sweet basil...tp mcmaner?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Akira tinggal area berdekatan Semenyih boleh singgah ambil.

      Padam
  9. En Is, simpan for me 1 pek. Btw pesanan benih + benih kongsi dah sampai. TQVM

    BalasPadam
  10. Salam.
    Benih kacang tanah ni masih ada?
    Sweet pea? (Ada gambar pokok/bunganya tak? Maaf, tak jumpa link di sini).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih kacang tanah masih ada. Benih kscang pea dah habis.

      Padam
  11. Sekadar bertanya ... Benih kacang tanah ni boleh tak di tanam dalam pasu atau polibeg besar ...maklumlah rumah flat ..kalau boleh teringin jgk beli benihnya ... Penah cuba tanam yg dibelj di pasar tapi tak berbuah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tapi bekas perlu dalam. Saya guna kotak gabus (icebox terpakai) dan letak tanah sedalam 30 cm (1 kaki).

      Padam
  12. askum,
    masih ada lagi benih kacang tanah ni tak?
    jika ada sy nak beli 1 set ye.
    tq

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Salam En. Benih kacang soya ada?

    BalasPadam
  15. Salam En. Benih kacang soya ada?

    BalasPadam
  16. Masih ada kah benih kacangnya ?? mau pesan donk...

    BalasPadam
  17. Saya berminat nak dapatkan benih

    BalasPadam
  18. Kat mna nak cri benih kacang tanah

    BalasPadam