Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 4 September 2012

Bekas Siram-Sendiri

Sebelum bercuti raya, kita ada bincangkan tentang beberapa cara untuk pastikan tanaman tidak kekeringan ketika pulang bercuti ke kampung halaman.  Sementara rakan-rakan kita bimbang tanaman kekeringan, Sdr Abdul Rahman Amron lakukan yang sebaliknya.  Benih kangkung disemmai sebelum bercuti.  Bila kembali ke rumah, semaian telah tumbuh.  Pertumbuhan cambahan tersebut amat elok, saya jangka minggu depan Sdr Abdul Rahman akan nikmati sayur atau ulam kangkung.  Gambar adalah kiriman Sdr Abdul Rahman Amron yang juga dikenali sebagai Baguznet.  Jika ingin gunakan gambar tersebut sila dapatkan kebenaran daripada pemiliknya terlebih dahulu.

Cambahan kangkung di dalam bekas Siram-Sendiri  selepas kembali dari cuti raya -- Gambar milik Abdul Rahman Amron @ Baguznet.

Cambahan beberapa hari kemudian. Gambar milik Abdul Rahman Amron @ Baguznet.

8 ulasan:

  1. Apa pun, terima kasih atas segala ilmu dan idea yg diberikan sehingga terbitnya usaha yg di atas. Boleh saya bg idea pada kawan2 lain untuk cadangan bercucuk-tanam walau ada kekakangan masa dan ruang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Baguznet kerana sudi berkongsi.

      Padam
  2. Kangkung sya 5 ari bru bercambah.normal ke tu en is?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam tempoh masa benih untuk bercambah. Kalo semua faktor kita dpt tepat, Insya-Allah cepat benih bercambah. Benih kangkung saya sedikit awal bercambah

      Benih Kangkong Tanamsendiri Yang Bernas

      Padam
  3. Terima kasih Baguznet. Bila berkesempatan saya akan bertandang ke http://www.baguznet.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan kerana sudi melawat ke tpt saya :)

      Padam
    2. Sama sama. Blog tersebut sgt rapi. Kagum.

      Padam