Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Khamis, 13 September 2012

Basil (Tulasi) Sebagai Buddy

Pokok Basil atau Tulasi disyorkan sebagai tanaman pelindunng tanaman lain daripada serangan makhluk perosak, terutamanya serangga.  Ada dua mekanisma bagaimanapokok ini melindungi tanaman utama anda.  Pertama, baunya yang kuat akan menakutkan makhluk perosak dan akan menyebabkan mereka mencari tanaman yang lain jauh dari halaman anda.  

Pokok Tulasi yang saya tanam kelihatan sempurna kerana tidak diserang makhluk perosak.


Kedua, ada jenis serangga yang larvanya gemarkan tulasi atau basil lebih dari sayuran.  Misalnya ulat beluncas yang lazimnya menyerang sawi akan tidak lagi menyerang sawi, sebaliknya menyerang Basil atau Tulasi.  Walaupun pokok Basil atau Tulasi ranap diratah ulat beluncas berkenaan, tanaman sawi akan selamat kerana ulat dah ada sasaran yang lain.  Kutip ulat pada pokok Basil atau Tulasi dan musnahkan.

Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual 

ejaMaria menghadapi masalah pokok Basil yang diserang ulat beluncas sebagaimana gambar yang ditunjukkan dalam posting blog tamanramuan sebagaimana berikut.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Saudara Iskandar, saya cuba tanam tulasi yang saya beli dari sauadara. Saya rasa tumbesarannya agak perlahan, ada idea nak booster pertumbuhan anak pokok tulasi ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gunakan baja organik. Pastikan saliran tanah baik, maksud saya air tidak bertakung. Walaupun pertumbuhan agak perlahan, itu yang kita nampak di mata. Ini kerana peringkat awal pertumbuhan tertumpu pada sistem akar. Bila sistem akar dah kemas barulah pokok membesar dengan cepat.

      Padam
  2. terima kasih sebab tengok entry tersebut... ya... ulat-ulat tersebut saya kutip dan musnahkan... mereka memang gemuk-gemuk... tapi tanaman lain saya seperti kailan, sawi menang dan cili padi tak terjejas... jadi saya ok sahaja walaupun geram sekejap... :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ok, adriana maisarah boleh buat pesananan.

      Padam