Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 12 September 2012

Baru Seminggu Alih Ke Tanah Pokok Dah Berbunga!

Minggu lepas kami mengalih cambahan terung yang disemai dari pot semaian ke tanah.  Patch tepi pagar sebelah kanan ditanam dengan terung panjang hijau,  Lima hari selepas dialih, putik bunga kelihatan.  Hari ini kelihatan beberapa kuntum bunga telah mekar.  Pokok  masih kecil dengan ketinggian 30cm tapi dah mula berbunga.  Bayangkan bagaimana rupa pokok bila berbuah nanti.  Pasti cantik.  Terung Pendek Susu pun dah mula bercambah, hanaya selepas 3 hari disemai.  Petang nanti  nak semai Terung Pendek Giant Naga pula. Nak jadikan pokok hiasan.

Terung Panjang Hijau berbunga hanya selepas seminggu dialih.

11 ulasan:

  1. As salam tuan,
    Biji benih terung ambil masa berapa lama utk bercambah? Ada petua atau cara utk elak serangan semut gatal yg memakan biji benih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih bercambah antara 3 hari hingga 30 hari. bergantu.g pada kualiti benih, suhu dan kaedah menyemai.

      Untuk elak semut gatal elok semai dalam bekas semaian.

      Padam
  2. Wah! ini pasti dipindah ke tanah yg subur dan cukup keperluan pokok untuk membesar

    BalasPadam
  3. harinbu semai lagi benih terung.. kalau terung boleh tumbuh memang kejayaan besar buat saya ni!

    BalasPadam
  4. emmm... terung saya pun dah berbunga... pokok masih rendah lebih kurang 1 kaki tinggi sahaja... tapi rendang dan gemuk... daun lebar-lebar lebih besar dari tapak tangan saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah sangat menjadi tu. Nanti dapat makan terung segar sepuasnya.

      Padam
    2. saya risau sebenarnya... timun dan petola beberapa kali jadi begini... pokok belum 'cukup umur' dah berbunga dan berbuah... akibatnya pokok patah dan mati... tak mampu tampung berat buah... :(

      Padam
  5. Anak pokok terung sy dalam 6cm -8cm ada 7 anak pokok terung bulat!..semua tanam dalam pasu..sebab tanam kat tanah direct..tak muncul-muncul cambahan..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada masalah bila tanam terus atas tanah. Semut, ayam, burung merpati...

      Padam
  6. Saya nak tanya tanam terung nak tempat direct matahari atau terlindung..Sbb kawasan rumah saya tak ada pokok besaq atau tempat terlindung

    BalasPadam
  7. Saya nak tanya tanam terung nak tempat direct matahari atau terlindung..Sbb kawasan rumah saya tak ada pokok besaq atau tempat terlindung

    BalasPadam