Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 26 September 2012

Antara Crab Apple dan Colek

Buah Crab Apple yang ranum pada 25 September 2012
Crab Apple adalah pohon yang amat bermakna bagi saya.  25 September 2012 menanda masa yang penting dalam hidup saya kerana hari tersebut menandakan dah 30 tahun saya menikahi isteri saya, Zaitun Ismail.  Ya, semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 30.
Baru 30 tahun, kalau panjang umur, tak sabar nak tunggu 30 tahun lagi.  

Apa kaitannya dengan crab apple dan colek?  30 tahun yang lalu, sebagaimana pasangan berdarah manis yang lain, kami ada spot kami sendiri.  Bila tiba musim bunga, kami akan sentiasa menghabiskan waktu hujung minggu di bawah pokok crab apple di taman bandar tempat kami  menuntut.  Ketika hari yang cerah, kami akan hampar tikar di bawah pohon tersebut dan makan makanan bekalan yang kami bawa dari rumah sambil memerhati pasangan membawa anak-anak ke taman.  Biasanya perbualan kami berkait dengan pengunjung lain yang membawa anak ke taman, atau assignment yang kami perlu siapkan.  Zaman tu belum ada laptop.  Jadi dalam bakul bekal kami ada tupperware berisi makanan, botol air dan buku serta notepad kertas kuning.  Pohon tersebut amat istimewa kerana ia dipenuhi bunga. 

Musim bunga biasanya hujan renyai-renyai.  Kalau hujan kami akan buka payung memerhati pengunjung yang lari-lari anak mencari perlindungan.  

Pohon crab apple tersebut amat istimewa kerana ruangnya yang teduh, cozy dan dekat pula dengan pohon mulberry yang besar.  Kadang-kadang ada tupai turun meminta makanan.  Bila saya tidak berkongsi makanan ada tupai yang naik ke pohon mulberry dan membaling buah mulberry ranum ke arah kami.  Ada antara baju saya rosak kerana warna jus mulberry yang terlekat pada baju.  Kebiasaannya isteri saya akan tersenyum memerhati gelagat saya mengelak serangan tupai yang gemar bergurau.

Bila tiba musim panas, tempat ini menjadi semakin bermakna kerana buah yang memenuhi pohon telah ranum.  Kebiasaannya isteri saya akan bawa pisau kecil, colek, iaitu kicap yang ditabur gula dan cili yang dipenyet.  Kami akan makan colek sambil menikmati masa yang berlalu.  Ada juga pengunjung yang telah biasa dengan kami singgah bertanya khabar.

Pohon crab apple tersebut masih berdiri teguh dan saiznya jauh lebih besar.  Ia kelihatan jelas bila saya Google menggunakan Google Map.  Ia menjadi pohon yang istimewa untuk kami sampai bila bila pun.

Di sini, saya belum dapat pohon crab apple seperti jenis itu tapi di rumah ada pohon crab apple yang saya tidak keluarkan dari bekas.  Masih mencari tapak yang sesuai untuk pohon tersebut.  Ia akan ikut kami ke mana sahaja kami pergi.  Walaupun ia tidak memberi buah yang lebat atau belum mampu memberi ruang yang teduh, ia tetap istimewa kerana mengingatkan kami pada spot impian kami.

Nanti, bila jumpa spot yang serasi, pohon ini akan ditanam menjadi bukti kami telah menemui spot kami agar dapat terus menjalani masa bersama, sambil makan colek mengisi masa yang berlalu.

Hari ini hari istimewa kami. Pohon crab apple megah mengurniakan kami sebiji buah ranum untuk kami kongsi bersama.  Walaupun hanya sebiji, ia seperti treasure buat kami, menikmatinya di haru ulangtahun perkahwinan.  30 tahun lagi pun, crab apple dan colek tetap di hati.      

30 ulasan:

  1. Sweetnye,

    selamat ulangtahun yang ke-30 buat En.Is dan isteri,Semoga di panjang kan umur dan di murahkan rezeki dan cepat2 dapat cucu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih shiro82.
      Untuk makluman shiro82, saya baru dapat cucu pertama 4 minggu yang lalu. Cucu ada di Kedah sekarang ni. Baru sempat jenguk sekali.

      Padam
  2. Selamat ulang tahun perkahwinan ke 30 Encik Iskandar.. simbolik sggh pohon crab apple tu yer.. umpama mcm lagu "Rahsia Pohon Cemara".. tp untuk Encik Iskandar dan isteri kasi tukar "Rahsia Pohon Crab Apple" :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Saya tak tahu kisah pohon cemara. :)

      Padam
    2. Hehehe.. Itu salah 1 lagu kumpulan exist. Gurau sajer Encik Iskandar yer

      Padam
    3. Owh tak tahu lagu tu. Kalau dengar lagu mungkin ingat.

      Padam
  3. Oh, sooo sweet!! Tahniah dan semoga Allah mengurniakan another 30 fruiful years together for you n wife!!

    BalasPadam
  4. Selamat ulang tahun, cukup romantis kisah crab apple yg cukup bermakna bagi en. Iskandar!

    BalasPadam
  5. As salam tuan,
    Tahian dan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan yg ke 30. #0 tahun bukan tempoh masa yg singkat...3 dekad hidup bersama dan pastinya dilalui dgn pelbagai kenangan dan peristiwa. Semoga tuan, isteri dan keluarga terus hidup bahagia selamanya.

    Pokok crab apple yg tuan maksudkan tu di luar negara kan? Kat mana ye? Crab apple yg tuan tnm dh berapa usianya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih [email protected]

      Negara yang punya 4 musim ada banyak pokok ni. Bila musim bunga, yang keluar hanya bunga. Tapi di sini tak jadi macam tu. Daun yang ada pun renggeh aja.

      Dah lama disimpan. Cuma saya letak dalam bekas kecil untuk pastikan ia tak besar. nanti bila jumpa spot impian saya, baru akan dialih supaya besar. Dah dua tiga kali nak mati. Bila lain macam, saya kerat dan semai keratan, biar ada yang baru.

      Padam
  6. Syukur Alhamdulillah... semoga Tuan sekeluarga akan terus sentiasa bahagia dan dilimpahi rahmat-Nya...

    BalasPadam
  7. Tahniah Dan selamat menyambut ulang tahun ke-30 ... Romantic sungguh cerita en is..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Alahai, tua tua ni mana ada romantik lagi. Lama2 sekali layan juga perasaan.

      Padam
  8. Tahniah....
    sweet sangat..semoga berkekalan hingga akhirnya.

    BalasPadam
  9. 25 september 2012, juga hari tersenyum untuk para pejawat awam, harigaji hehehe..guarau ya tuan.
    Tahniah tuan.Juga terimakasih kongsikan cerita romantis ini, tuan kongsikan benih sayur, kongsikan ilmu pengetahuan dan kongsikan kiasah manis.

    Doa ikhlas semoga segala perancangan Allah permudahkan dan berjaya.Amin.

    BalasPadam
  10. Tahniah Tuan, berkongsi benih,ilmu dan kisah romantis ini. Semoga berkekalan hingga ke akhirat nanti...Amin..

    BalasPadam
  11. so sweet...jarang2 orang lelaki nak mengabdikan kenangan...tahniah buat en is.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Ramai sebenarnya tapi tak cerita kat blog.

      Padam
  12. salam tahniah! semoga ikatan kasih sayang membawa ke syurga!

    pohon crab apple sama ke, dgn pokok ceri barbados?
    saya ada beli pokok ceri barbados. rupa buah dan daunnya sama mcm dlm gambar di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Gambar di atas adalah ceri barbados. Ada yang menamakannya ceri india. Hampir sama dengan crab apple tapi sebenarnya pokok yang berlainan. Ceri barbados tekstur seperti buah pear yang ranum, crab apple tekstur seperti buah epal.

      Padam
  13. rase bahagia dengar cerita tuan ,,sangat teruja membaca dan mendengarnya ,suke pat yang tupai baling buah malberi kalau tak kasi makan ,noy dapat menghayati keindahan di waktu itu ...

    BalasPadam