Bulan Ramadhan tahun ni agak kering. Cuaca pula agak tinggi. Awal pagi lagi cuaca dah mencecah 35 darjah Celsius. Jadi patch yang besar sedikit terbiar tak terjaga. Patch tomato adalah antara patch yang mula ditumbuhi rumpai. Namun begitu tomato MT1 dan tomato ceri tetap menghasilkan buah, walaupun tidak selebat yang diharapkan.
Kini di bulan Syawal, alhamdulillah hujan mula turun hampir setiap hari. Walaupun tidak lebat ia mampu menurunkan suhu sekitar, jadi aktiviti berkebun dapat dilakukan dengan selesa walaupun di siang hari dengan cahaya matahari yang terik. Buah tomato mulai ranum dan sedia untuk dituai. Namun begitu, musim panas telah menyebabkan akar tomato rosak. Ini menyebabkan ia gagal menyerap sesetengah nutrien, misalnya kalsium.
Jika rakan-rakan perhatikan, buah tomato yang ranum telah pecah kerana kini pokok telah dapat menyerap air yang banyak kerana hujan. Tanda pecah bengkak air menandakan buah tidak kukuh kerana kekurangan kalsium.
![]() |
Buah tomato sedang ranum dengan bahagian pangkal yang pecah kerana bengkak air. |
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
wah cantik warna tomato bila ranum.Tomato saya tak sempat tukar warna, asal besar ngapp..cica garam macam makan mangga muda tu..ehh sedap tau.Tuan pernah cuba?
BalasPadamHe he. Nanti saya cuba.
PadamSo, bagaimana mengatasi kekurangan kalsium pada pokok tomato ni ye..?
BalasPadamKalsium ada dalam tanah. Cuma gagal diserap kerana akar dah rosak. Cara terbaik ialah cabut pokok tersebut dan tanam yg baru. Pastikan pokok tidak kekeringan dalam masa yg lama.
PadamTuan, pokok tomato saya dah mula berbunga.. Tapi daunnya kelihatan kuning Dan kering.. Kenapa ye..?
BalasPadamBila dah mula berbunga, Nurul perlu suap dengan baja dan air yang mencukupi. jangan risau kalau daun kelihatan seperti kering dan tidak bermaya, kerana ini perkara biasa untuk tomato. Pastikan ketika berbunga dan berbuah pokok tidak kekeringan atau kekurangan baja. Saya pernah posting cara buat baja booster untuk tomato.
PadamOo.. Air blender kepala iklan tu ye.. Selalu saya siram dengan air basuhan beras je.. Kalau letak tanah baja boleh ke..?
PadamBoleh juga. Kalau rajin boleh buat teh kompos. Nurul perlukan pam kecil yg digunakan utk bekalkan buih dalam akuarium kecil, salur getah dan batu buih, satu bunjut tanah kompos iaitu segenggam tanah kopos diikat dalam kain muslin dan satu baldi berisi air.
PadamUntuk apa tu..? Maaf saya tak berapa faham tujuan barang2 yg en is sebutkan.. Boleh terangkan lebih lanjut..
PadamUntuk buat teh kompost, siraman yang kaya dengan nutrien dan organisma berfaedah. Saya belum posting caranya. Belum ambil gambar. :)
PadamTerima kasih en is... Saya dah nampak posting berkenaan teh kompos.. Nanti saya Cuba fahamkan..
PadamSama-sama. :)
PadamMungkin kekurangan nutrien. Saya pernah buat posting tentang booster tomato.
BalasPadampokok tomato MT1 saya rendah je tapi boleh tahan banyak juga buahnya. saya bawa balik kampung masa cuti raya hari tu. haha. tapi berapa lama jangkahayat pokok tomato baka MT1 ye? sekarang dia dah mula berbuah lagi
BalasPadamOk juga tu. Pokok yang saya tanam paling lama saya biarkan hidup, 4 kitar buah. Kalau buah yang terhasil dah bengkak air macam dalam gambar, lepas buah dituai saya akan cabut pokok dan ganti yang baru. Ada jenis tomato, misalnya tomato ceri hanya sekali berbuah. Lepas itu pokok akan mati.
Padam