Anda boleh tanam sayur Kai Choy Wangi sebagai tanaman kerat dan tumbuh lagi. Sayur Kai Choy Wangi enak dibuat sup. jika dimasak dengan api yang perlahan dalam masa yang lama, rasa manis sayur akan keluar.
Menyemai
Semai dalam bekas atau di tempat yang teduh. Gaul benih dengan tanah untuk menjarangkannya kemudian tabur di atas tanah. Tutup bijibenih dengan lapisan tanah kira-kira 2 mm. Kemudian siram untuk lembapkan tanah.
Mengalih atau Menjarang Cambahan
Biji benih akan bercambah dalam masa 2 hingga 7 hari. Apabila daun set ketiga tumbuh, iaitu dalam masa satu hingga 2 minggu, jarangkan cambahan kira-kira 15 cm atau 6 inci di antara cambahan. Jika semai di dalam bekas semaian, alih apabila set daun ketiga tumbuh. Jarakkan kira-kira 15 cm atau 6 inci di antara pokok. Tutup cambahan dengan sungkup plastik untuk melindungi cambahan daripada sinar cahaya matahari yang terik.
Merumput
Cabut rumpai seminggu sekali untuk mengelakkan persainagn ruang dan baja.
Menuai
Pokok sedia untuk dituai kira-kira tiga minggu selepas mengalih cambahan. Kerat daun dan biarkan pokok tumbuh semula.
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Pautan Cara Memesan Benih
Pautan Benih Untuk Dijual
Menarik juga ye sayur ni. Bentuk pun macam daun sup. Benih2 yang saya order sebelum ni dah pun jadi santapan harian. Syoknye.
BalasPadamSaya nak 1 pek nanti saya email lagi tambahan. Ok
Ok. :)
PadamLynn rasa mcm x brapa luck dgn sayur kecil molek mcm ni.. Kailan, Pak Choy, Sawi, Lemon Basil sumernye x menjadi. kalau kerana tanah.. tomato, okra, bayam, sunflower, cili dah membesar.. adakah terlebih air?
BalasPadamMungkin kaedah menyemai tak sesuai untuk benih halus. Jangan tanam benih yang halus, memadai tabur aja, kemudian tabur sedikit tanah.
Padamterima kasih..nampaknya method lynn salah la nih..takper, nak cuba lagi lepas raya..
Padam