Sekarang masa yang elok kalau ingin semai timun kerana hujan telah turun hampir setiap hari. Tanaman ini perlukan air yang banyak terutamanya ketika berbunga dan berbuah. Semaian ini berumur seminggu. Jika dialih sekarang, insyaAllah 2 atau 3 minggu dari sekarang keluarga kami akan nikmati timun tanamsendiri.
Kalau diperhatikan, cambahan Timun Batu dah ada daun set kedua manakala Timun Jepun masih mempunyai satu set daun. Ini kerana Timun Jepun lebih lambat bercambah berbanding Timun Batu. Timun Batu bercambah dalam masa 2 hari dan Timun Jepun brcambah dalam masa 5 hari. Gambar menunjukkan semaian selepas satu minggu benih disemai.
Saya bercadang untuk alih anak pokok ke ruang tepi pagar di patch belakang rumah dan depan rumah. Saya juga akan letakkan satu pokok Timun Jepun dalam bekas gabus dan biarkan ia merimbun tanpa pancang. Tengok macamana kalau pokok tidak dibiarkan memanjat, adakah akan tetap menghasilkan buah yang lebat.

![]() |
Semaian Timun Batu dan Timun Jepun. Cambahan yang masih kecil adalah Timun Jepun. |
Pautan Benih Untuk Dijual
Pautan Benih Timun Batu
Pautan Benih Timun Jepun
cambahan timun saya tak sempat setinggi / sebesar ini tiba-tiba dah berbunga... kenapa ya ?
BalasPadamPokok sempat alih tak? Pokok timun memang cepat berbunga. Pokok yang semai sebelum ini, saya tuai buah hanya 3 minggu selepas disemai benihnya.
Padamsempat alih... tapi bila bunga jadi buah pokok patah... senang mati... :(
PadamBenih timun jepun yg saya order drp tuan blm semai lagi. Nk kena tggu giliran. Apa cara terbaik utk semai biji benih timun? Rendam dulu atau terus semai dlm tnh?
BalasPadamSaya semai terus tanpa merendam. Benih timun cepat tumbuh.
Padam